Bercuti merupakan antara aktiviti yang sangat mengujakan. Siapa tak suka bercuti? Tak kira bercuti di dalam mahupun di luar negara, saya pasti ia merupakan pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Boleh bersiar-siar ke tempat baru, lihat dan rasai sendiri adat serta budaya di sesebuah tempat, malah boleh merehatkan minda dari kesibukan komitmen hakiki anda.
Tapi tidak dinafikan, duit menjadi kekangan buat sesetengah orang untuk pergi bercuti. Ada yang seumur hidup tak pernah pergi bercuti langsung dengan alasan tak minat. Tapi mana tahu jauh di sudut hati, kalau ada duit yang mencukupi pasti akan pergi bercuti.
Sebenarnya anda tak perlu tunggu cukup duit untuk pergi bercuti. Ada cara untuk anda jimat bercuti dengan senang hati walaupun bajet anda ketat. Ikuti perkongsian kali ini tentang 5 Tip Jimat Pergi Bercuti.
Sebagai rakyat Malaysia, kita sememangnya bertuah dengan adanya kemudahan seperti kereta api, bas, feri dan macam-macam lagi. Seperti yang kita semua sedia maklum, perkhidmatan kenderaan awam zaman sekarang makin bertambah baik dan canggih. Lagi pula anda boleh bandingkan harga di laman sesawang untuk mengira bajet percutian. Contohnya bercuti menaiki sleeper train yang menjadi tumpuan waktu ini. Bayangkan dalam train ada tempat tidur dan cafe. Pastinya memberi anda pengalaman yang berbeza dan lebih menjimatkan.
Kalau anda bandingkan bajet anda memandu sendiri ke destinasi yang sama, sudah tentu kosnya jauh beza. Perbelanjaan merangkumi minyak, tol dan servis kereta. Belum masuk tenaga anda untuk memandu ke destinasi. Jadi sudah tentu cara yang lebih baik adalah memanfaatkan kenderaan awam yang menjimatkan perbelanjaan serta tenaga anda.
Tip ini tidak terikat untuk anda bercuti di dalam negara saja. Boleh juga diaplikasikan untuk bercuti ke luar negara.
Sebelum anda pergi bercuti, cuba senaraikan sebanyak yang mungkin tempat menarik yang tak memerlukan anda keluarkan modal. Contoh:
Ramai yang anggap tak cukup duit untuk bercuti hanya kerana memikirkan aktiviti yang melibatkan duit. Sedangkan tidak. Ada banyak lagi aktiviti yang boleh anda nikmati walaupun ianya percuma.
Tak salah kalau anda nak membeli makanan di luar. Tapi masak sendiri lebih jimat. Atau anda boleh bersedia dengan stok makanan segera sebagai bekalan anda sewaktu bercuti. Biasanya harga makanan di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong sangatlah tinggi. Boleh jadi makanan ringan seperti nugget dan sosej, 3 cucuk berharga 10 ringgit. Nampak mustahil, tapi itulah hakikat harga makanan ringan zaman sekarang. Fuh, kalau fikir pasal harga memang naik gila dibuatnya!
Lebih baik duit yang anda peruntukkan untuk makanan hanya sesuatu yang anda jarang jumpa atau teringin sangat nak makan. Atau mungkin makanan tersebut tidak ada di tempat anda tapi hanya ada di kawasan percutian itu. Maka, tiada masalah untuk berbelanja tapi kena ingat, mesti belanja dalam keadaan terkawal.
Bayangkan pergi bercuti jauh-jauh semata nak makan apam balik yang anda boleh dapat di pasar malam di kawasan rumah anda. Atau minum air sirap yang anda boleh dapat di mamak. Macam rugi pula. Kan lebih jimat kalau tak belanja lebih dalam bab makanan yang anda sendiri boleh dapatkan walaupun tak berjalan jauh.
Waktu puncak di sini bermaksud waktu di mana orang ramai berpusu-pusu untuk ke sesebuah destinasi. Elakkan memilih tarikh percutian pada musim cuti sekolah dan musim perayaan sebab biasanya pada waktu tersebut, harga tiket sangat mahal. Anda kena jelas bahawa waktu puncak mendatangkan demand atau permintaan yang tinggi. Jadi tidak hairan kalau peniaga meningkatkan harga pada waktu ini sebagai peluang mengaut keuntungan.
Waktu puncak juga ada kebarangkalian tiket bas dan tiket kapal terbang habis dijual. Maka, tipislah peluang anda nak pergi bercuti. Sebab itu kalau anda nak lebih jimat pergi bercuti, rancang cuti anda ketika mana orang sibuk bekerja dan bersekolah.
Pergi bercuti secara solo atau berkumpulan ada kelebihan yang tersendiri. Tapi istimewanya kalau anda bercuti secara berkumpulan akan lebih menjimatkan tenaga dan wang. Jimat dari sudut pengangkutan, penginapan, makan dan sebagainya. Dengan syarat, bercuti secara berkumpulan mestila ada sikap toleransi untuk berkongsi. Contohnya dalam trip percutian anda ada 4 orang, maka anda boleh bahagikan perbelanjaan antara satu sama lain.
Homestay: RM200
Makan: RM200
Minyak: RM100
Jumlah: RM500 (setiap orang hanya perlu bayar RM125)
Kalau tengok jumlah perbelanjaan, anda pilih untuk belanja RM500 atau RM125? Orang yang bijak kewangan sudah pasti akan pilih perbelanjaan yang lebih menjimatkan.
Secara keseluruhannya, nak bercuti dalam keadaan berjimat-cermat sebenarnya tidaklah mustahil. Kuncinya, anda mesti merancang perbelanjaan secara terperinci terlebih dahulu. Kenalpasti kemudahan dan tempat menarik yang tidak perlu keluarkan modal yang besar. Tapi cukup memuaskan hati serta merehatkan minda anda dari kesibukan yang menekan diri. Semoga bermanfaat
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.