Ramai orang muda suka bertanyakan soalan ini kepada saya.
“Apa tips untuk membeli rumah pertama dalam usia yang muda?”
Saya sangat berbangga apabila soalan ini datang daripada orang muda. Kadang-kadang saya cemburu dengan mereka yang muda dan berpandangan jauh ini, sebab mereka tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup. Contohnya impian membeli rumah pertama. Semua orang berkeinginan membeli rumah, tetapi tidak semua orang mampu memenuhi hasrat tersebut. Saya pulangkan soalan kepada anda, apa matlamat anda untuk memiliki rumah pertama? Tujuan pelaburan atau untuk duduk dalam rumah tersebut?
Baru saja mulakan pekerjaan, mampu ke beli rumah? Kalau anda tidak ada cash yang banyak, biasanya anda boleh leverage menggunakan duit bank. Sebelum itu, adakah anda seorang yang layak untuk mendapatkan duit pinjaman beli rumah dari bank? Untuk orang muda lulus pinjaman rumah mudah sahaja, anda boleh ikut to-do-lists dibawah :
Nak beli rumah cash? Fikir panjang terlebih dahulu, baru buat keputusan. Kalau anda ada duit tunai yang banyak, bagi saya kurang sesuai untuk anda beli rumah secara tunai. Sebab itu bukan game sebenar anda buat pelaburan rumah. Tambahkan lagi pengetahuan anda tentang dunia pelaburan hartanah ini supaya anda tidak tersilap langkah.
Terpulang kepada anda untuk jadikan rumah pertama sebagai pelaburan atau untuk duduk sendiri. Jom baca perkongsian saya kali ini berkenaan Tips Beli Rumah Pertama Untuk Orang Muda.
Sebagai orang muda yang baru mengenal dunia sebenar, kita tidak mampu meramal masa hadapan. Tetapi kita boleh merancang masa hadapan rumah pertama kita. Andai kata suatu hari nanti ditakdirkan anda terpaksa berpindah ke tempat lain, rugi sekiranya rumah sedia ada terbiar tanpa berpenghuni. Orang muda memang sinonim dengan fleksibiliti. Bila-bila masa anda boleh dicampak ke sana sini untuk tujuan pekerjaan. Mungkin pada ketika itu anda mula berfikir untuk sewakan atau jual rumah pertama itu kepada orang lain.
Tetapi kalau awal-awal anda sudah beli rumah yang salah (rumah yang harganya mahal, kawasan yang kurang tumpuan orang ramai dan sebagainya) siapa yang sanggup sewa atau beli rumah tersebut? Untuk elakkan hal ini berlaku, buatlah perbandingan harga dan pastikan rumah anda berada di bawah harga median. Maksudnya untuk kawasan yang anda mahukan, berapa harga ditengah-tengah antara mahal dan murah. Kalau anda praktikkan kriteria median ini, anda boleh dapatkan keuntungan apabila mahu menjual rumah anda kelak.
Rumah pertama yang kita duduk sinonim dengan rumah idaman. Untuk orang muda, ada banyak ruang untuk anda explore dunia rumah idaman. Mana tahu suatu masa anda sudah bertukar citarasa rumah idaman, anda boleh sewakan rumah pertama anda. Paling tidak, anda tidak mengalami ‘bleeding cash’ kerana terpaksa membayar komitmen ke tempat yang tidak lagi beri manfaat kepada anda. Anda hanya perlu switch rumah tersebut kepada rumah sewa supaya penyewa yang bayarkan ansuran bulanan rumah tersebut.
Andai kata anda tidak mampu dapatkan positive cashflow daripada penyewaan rumah tersebut, sewakan dengan jumlah 70% daripada ansuran bulanan. 30% lagi anda topup untuk menampung kos ansuran tersebut.
Rumah pertama memang ada nilai sentimental kepada sesiapa sahaja yang berjaya membeli rumah. Adakah anda rasa gembira dengan rumah pertama anda? Rumah cantik, dekat dengan tempat kerja, kemudahan yang banyak dan sebagainya! Tiada alasan lain yang boleh buatkan anda melepaskan rumah tersebut kepada orang lain. Anda juga boleh saja jadikan rumah tersebut tempat kediaman. Suatu masa nanti anda boleh menikmati kenaikan harga rumah dalam tempoh 2 hingga 5 tahun akan datang.
Tidak kira anda golongan muda atau tua dalam dunia hartanah, perkara terpenting adalah anda buat apa yang anda tahu. Praktikal ilmu dan pengetahuan adalah kunci untuk menambah baik pengurusan kewangan dan masa hadapan. Orang muda kena rajin menambah ilmu pelaburan lebih-lebih lagi tentang dunia hartanah atau rumah. Pastikan sebelum buat keputusan untuk beli rumah pertama, aplikasikan tips dan saranan yang saya kongsikan dalam artikel ini. Sehingga kita berjumpa lagi dalam artikel yang seterusnya!
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.