Jadi full time trader atau part time trader?
Sekarang ini saya tengok makin hari makin ramai yang berminat untuk mendalami ilmu pelaburan. Tambahan lagi, ramai yang nampak menjadi seorang full time trader dan part time trader merupakan salah satu jalan untuk mengembangkan karier. Mana tidaknya dengan melabur sejumlah duit, duit anda berpotensi untuk dikembangkan. Bila duit berkembang, sudah pasti lebih banyak perkara yang boleh dipenuhi. Bagi saya ini suatu perkembangan positif kerana masyarakat mula mengambil berat perihal masa depan kewangan mereka terutama bab pelaburan.
Tapi, sebelum anda buat keputusan untuk memilih menjadi seorang full time trader atau part time trader, apa kata anda dapatkan gambaran yang jelas apakah beza keduanya, serta apa tip terbaik yang boleh diaplikasikan untuk menjadi seorang trader yang berjaya.
Ikuti perkongsian pada kali ini yang akan membincangkan tentang tip jadi full time trader dan part time trader supaya anda mendapat gambaran jelas sebelum “lompat” menjadi seorang trader.
Sumber: Freepik
Full time trader atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai pelabur sepenuh masa merupakan seorang yang bergantung secara penuh sumber pendapatannya melalui instrumen pelaburan seperti contoh pelaburan saham. Dalam erti kata lain, seorang full time trader membayar semua komitmen hidup termasuk membayar rumah, kereta, utiliti, makanan dan lain-lain menggunakan hasil pelaburan. Biasanya, seorang full time trader bermula dengan menjadi seorang part time trader. Bila dapat keuntungan yang konsisten dan pengurusan pelaburan yang meyakinkan barulah seseorang berani untuk menjadi pelabur sepenuh masa.
Persoalannya, wujud ke karier sebagai seorang full time trader?
Sudah semestinya wujud! Saya sendiri ada kenalan seorang full time trader yang bernama Zahid Bahari. Sudah berkeluarga dan keseluruhan komitmen dan perbelanjaan bulanan adalah hasil beliau melabur saham. Sempat hantar anak sekolah, “masuk kerja” (trade saham) bila-bila masa, boleh main game dan memasak. Cool kan hidup sebagai full time trader?
Saya percaya ramai yang rasa seronok menjadi seorang full time trader ini adalah sebab kebebasan masa. Yang mana seseorang boleh buat apa saja mengikut pilihan sendiri. Tak terikat dengan mana-mana peraturan seperti pergi dan balik kerja ikut office hour, tak perlu hadap tugasan yang bertimbun dan yang paling syok tak payah nak hadap lalu lintas yang semakin hari semakin sesak!
Kalau anda betul-betul nak jadi seorang full time trader, aplikasikan 3 tip ini iaitu:
Nak melabur, mesti kena ada modal. Kumpul modal sebelum melabur sepenuh masa dan pastikan anda boleh buat keuntungan secara konsisten dan mampu mengawal risiko.
Jangan sesekali melabur tanpa ilmu. Pelaburan sangat sinonim dengan risiko kerugian. Jadi sebelum menjadi full time trader, anda kena jelas dengan “sepak terajang” instrumen pelaburan yang anda sertai.
Emosi sangat sinonim dengan manusia. Ada masa anda “tamak” mahukan keuntungan yang lebih besar. Ada masa anda tak mahu rugi. Jadi sangat penting untuk seorang full time trader mempunyai pengurusan emosi yang baik. Sebaiknya latih diri dari awal anda melabur lagi untuk berpegang kuat dengan trading plan tanpa dipengaruhi emosi.
Sumber: Freepik
Part time trader atau yang saya namakan sebagai lifestyle trader pula bermaksud pelabur separuh masa. Seorang part time trader menjadikan instrumen pelaburan sebagai back up atau sumber kedua untuk mendapatkan pendapatan. Dalam erti kata lain, part time trader sudah mempunyai pendapatan utama tetapi masih buat pelaburan untuk dapatkan pendapatan pasif.
Saya sendiri seorang part time trader sejak zaman belajar sampailah sekarang. Biasanya saya akan jadikan hasil pelaburan yang saya dapat sebagai duit “gula-gula”. Bak kata orang, duit untuk enjoy! Contohnya travel dan makan sedap-sedap. Jadi saya tak perlu usik duit simpanan atau duit gaji semata untuk bebas berbelanja.
Nak jadi seorang part time trader, anda mesti buat 3 tips ini:
Membahagikan masa adalah kunci utama nak berjaya dalam pelaburan. Sebagai part time trader sudah tentu banyak masa dihabiskan di tempat kerja. Jadi, adalah sangat bermanfaat masa lapang yang ada digunakan untuk fokus kepada pelaburan seperti membina trading plan, membuat analisis pasaran dan strategi-strategi lain.
Dekat luar sana, memang banyak guru dan sifu pelaburan. Tapi tak semuanya betul-betul walk the talk. Masa untung, riuh sekampung. Masa rugi, duduk dalam gua. Inilah realitinya. Sebab itu mencari mentor yang betul sangat penting kerana mentor akan bimbing anda buat keuntungan secara konsisten walau keadaan pasaran macam mana sekalipun. Kalau anda boleh jumpa seorang mentor yang juga part time dan full time trader itu lebih baik. Anda boleh minta nasihat dan pandangan dari orang yang berpengalaman.
Dah dapat keuntungan hasil pelaburan, jangan lupa untuk buat simpanan. Elakkan dari berbelanja kesemua pendapatan pasif anda. Sebab sudah pasti tujuan utama anda membuat pelaburan adalah untuk duit anda berkembang dan terus berkembang.
Secara kesimpulannya, menjadi seorang full time trader atau part time trader mempunyai keunikan yang tersendiri. Sebelum anda buat keputusan untuk jadi salah satunya, ilmu pengetahuan tentang pelaburan mesti menjadi keutamaan. Hal ini kerana ilmu akan memimpin anda sampai bila-bila. Sebab itu sangat penting untuk anda hadam tip jadi full time trader dan part time trader yang saya kongsikan pada kali ini. Moga bermanfaat.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.