Tip Berbelanja Ketika Harga Barang Naik

Selepas seluruh dunia mengalami kelembapan ekonomi akibat penularan wabak Covid-19, harga barang naik secara terus-terusan. Lebih membimbangkan, barang keperluan asas juga terkena tempias kenaikan harga barang.

 

Mana tidaknya, sejak sektor ekonomi dibuka semula secara meluas permintaan pengguna meningkat ke paras yang tinggi, sedangkan pengeluaran masih di tahap yang sama. Ya, isu harga barang naik bersangkut-paut dengan supply dan demand yang berlaku di seluruh dunia. 

 

Melihat isu kenaikan harga ini, mustahil untuk anda berhenti dari berbelanja. Cuma apa yang anda boleh buat adalah aplikasikan 4 tip berbelanja ketika harga barang naik yang saya akan kongsikan dalam artikel kali ini. Supaya anda lebih disiplin mengawal keluar masuk duit anda.

 


Pada musim harga barang naik sebaiknya anda melakukan aktiviti yang tidak perlu mengeluarkan duit

Tip #1 Kurangkan aktiviti yang mengeluarkan duit

Kalau anda nak tahu, aktiviti yang anda boleh lakukan untuk isi masa lapang terbahagi kepada dua iaitu aktiviti yang mengeluarkan duit dan aktiviti yang tidak perlu mengeluarkan duit.

 

Apa yang anda harus buat pada musim harga barang naik ini ialah, kurangkan aktiviti yang mengeluarkan duit seperti melepak di kedai makan, berparti, melancong dan sebagainya. Bayangkan anda tidak mengubah aktiviti ini, setiap kali keluar berparti, anda perlu ambil kira duit minyak, duit makan, baju baru dan macam-macam lagi. Secara tidak langsung anda perlu keluarkan jumlah yang besar untuk bersuka-ria dengan kawan-kawan.

 


Sebelum keluar berbelanja, pastikan anda mempunyai rancangan barang apa yang hendak dibelanjakan

Tip #2 Rancang perbelanjaan

Merancang adalah tindakan yang paling penting dalam berbelanja. Saya cadangkan sebelum anda keluar berbelanja, anda mesti ada senarai barang apa nak dibeli. Contohnya barang dapur. Cuba spesifikkan lagi apa barang dapur yang anda mahukan. Ayam, beras, cili, bawang, daun kari, susu dan lain-lain. Jangan lupa juga letakkan kuantitinya. Dah sampai tempat beli barang nanti, elakkan beli di luar dari senarai yang telah dirancang. 

 

Bukan itu saja, anda mesti tahu di mana anda nak beli barang. Dekat mall, pasaraya, pasar awam atau di pasar tani. Kalau anda perlu berbelanja banyak keperluan seperti barang dapur, alat tulis, baju dan lain-lain, lebih baik pilih pusat beli belah yang menempatkan banyak pilihan. Jadi, anda tak perlu ke banyak tempat sebab ia juga beri kesan terhadap kos pengangkutan. Kalau anda hanya berbelanja barangan dapur, pilihlah tempat seperti pasar awam. Ia lebih berfokus dan mengelakkan anda dari membeli perkara lain selain apa yang disenaraikan. Oleh itu, adalah lebih baik pilih tempat yang sesuai dengan keperluan perbelanjaan anda.

 


Membandingkan harga boleh mengurangkan beban ketika berbelanja di musim harga barang naik

Tip #3 Buat perbandingan harga

Nak buat perbandingan harga ini mudah saja. Tapi tak ramai yang rajinkan diri untuk lakukannya. Sebenarnya ia tidak susah dan leceh sebab kita hidup dalam zaman digital. Rugi kalau anda tidak nampak manfaatnya. Kebanyakan kedai di luar sana sudah mula beralih arah ke dunia maya untuk kekal relevan dan sentiasa dekat dengan pengguna.

 

Caranya, pergi saja ke website kedai yang anda mahukan, dan mula bandingkan harga barang. Antara online store yang ada seperti lotus, watson, jaya grocer, gurdian dan banyak lagi! Semuanya di hujung jari. Cari keperluan anda dan mula buat perbandingan harga. Dalam musim harga barang naik ini, anda mesti pilih harga yang berpatutan dan murah daripada kebanyakan kedai di sekeliling anda. Pengguna yang bijak adalah yang bijak membuat perbandingan.

 


Hasil tanaman dari berkebun boleh digunakan untuk bahan memasak supaya perbelanjaan anda boleh dijimatkan

Tip #4 Mulakan aktiviti yang menjimatkan perbelanjaan 

Ada ke aktiviti yang tak perlu keluarkan duit dengan banyak?

 

Sudah semestinya ada. Malah ada juga aktiviti yang tak perlu keluarkan duit satu sen pun seperti bersenam, gotong-royong bersama keluarga, main game atau mulakan bisnes yang tidak perlu keluarkan modal.

 

Ada satu perkara lagi, anda juga boleh wujudkan hobi baru seperti menanam pokok termasuk sayur atau buah-buahan. Kalau anda nak tahu, ada jenis tanaman yang cepat membuahkan hasil seperti cili, bayam, daun bawang dan banyak lagi. Jadi, anda dah tak perlu beli lagi bahan-bahan masakan ini di pasar. Tinggal petik saja, tak gitu?

 


Amat penting untuk anda reset cara berbelanja sebab perbelanjaan bulan akan sering berubah mengikut keadaan

Tip #5 Reset cara perbelanjaan lama

Anda pernah tak perhatikan pattern anda berbelanja selama ini? 

 

Kalau ada, anda kena reset semua cara dan pattern lama. Mungkin duit anda banyak dibelanjakan untuk baju, makanan, produk penjagaan muka dan sebagainya.

 

Pada musim harga barang naik ini, lebih baik anda bina pattern berbelanja yang baru yang lebih menjurus kepada keperluan berbanding berbelanja barangan yang hanya mengikut kehendak dan nafsu.

 

Jika sebelum ini anda tidak pernah tahu pattern perbelanjaan anda, maka anda kena mula merekod semua perbelanjaan dari sekarang. Caranya tidaklah susah, sekarang pun ada aplikasi yang memudahkan anda untuk rekod perbelanjaan. Tinggal nak atau tak saja.

 

Secara kesimpulannya, setiap perbelanjaan memerlukan disiplin yang tinggi lebih-lebih lagi di musim semua harga barang naik dari masa ke semasa. Tak mahu hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, maka anggaplah situasi harga barang yang menyekat keghairahan anda berbelanja ini sebagai latihan agar anda berbelanja dalam keadaan terkawal dan berpada-pada.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.