Mindset Beli Rumah untuk Newbie

property Jul 28, 2022

Perkara utama yang perlu anda sediakan sebelum beli rumah adalah mindset yang betul. Kerana mindset yang betul akan pandu tindakan yang betul. Harga rumah bukanlah suatu benda yang murah. Jauh lagi mahal berbanding motor dan kereta. Oleh sebab itu, jika anda dalam kategori “ newbie” yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia hartanah atau rumah, persediaan yang menyeluruh penting untuk anda. 

 

Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi lebih lanjut berkenaan mindset beli rumah untuk newbie. Supaya anda bersedia dalam segenap aspek untuk menambah komitmen rumah sama ada sebagai aset ataupun liabiliti.


Mindset #1 Sediakan emergency fund

Kata orang emergency fund benda yang cliche. Tapi kalau anda serius nak beli rumah tidak kira untuk duduk sendiri atau untuk disewakan, jangan skip step cliche ini! Hartanah atau rumah adalah long term gain yang ada pelbagai risiko.

 

Bayangkan risiko krisis ekonomi atau bencana alam berlaku, apa yang akan terjadi pada rumah anda?

 

Kalau anda jadikan rumah tersebut sebagai aset yang mana anda sewakan untuk dapatkan cash flow, anda terdedah dengan risiko tiada penyewa dalam beberapa tempoh. Dalam situasi begini, anda akan menanggung kos yang berkaitan termasuk ansuran bulanan rumah tersebut.

 

Kalau anda jadikan rumah tersebut sebagai tempat kediaman anda sendiri, bebanan anda akan makin mendesak apabila berlaku krisis. Sepatutnya waktu krisis, anda perlu kawal duit pendapatan anda dari terus dikeluarkan. Tapi tidak untuk mereka yang membeli rumah untuk tujuan duduk sendiri. Hutang pada bank masih perlu dibayar agar tidak mengganggu CCRIS anda. Lebih teruk lagi, duit yang keluar lebih banyak dalam waktu yang sukar demi memastikan kelangsungan hidup anda dan keluarga.

 

Oleh sebab itu, emergency fund atau tabung kecemasan sangat penting sebelum anda beli rumah. Anda perlu set minda anda supaya bersedia dengan segala kemungkinan pada masa hadapan. Dengan tabung kecemasan, sekurang-kurangnya tidak menjejaskan secara keseluruhan pendapatan anda. Kerana anda ada “talian hayat” untuk meneruskan kehidupan.


Mindset #2 Labur ilmu dulu baru labur rumah

Zaman sekarang, banyak kemudahan yang bantu anda untuk melabur dalam ilmu. Ada kelas secara fizikal, ada juga kelas secara virtual. Anda tinggal pilih saja nak belajar dengan siapa, belajar secara berdepan atau dalam talian. Belajar mungkin prosesnya panjang tapi percayalah anda tidak akan rugi sedikit pun. Ramai mentor dan sifu hartanah yang boleh anda rujuk dan nilai sendiri keupayaan mereka dalam memberi added value berkenaan hartanah. Kelas dan perkongsian yang anda hadir adalah lubuk untuk anda topup pengetahuan, level up skill, bina networking, bertukar pandangan dan macam-macam lagi. Bayaran yang  anda laburkan untuk dapatkan ilmu tidak sebesar kesan yang bakal anda tanggung semasa memiliki rumah nanti.


Mindset #3 Tak semestinya harga rumah murah kena gopoh membeli

Membeli rumah tanpa buat sebarang homework adalah tindakan yang kurang bijak. Homework yang dimaksudkan adalah membuat kaji selidik tentang rumah yang bakal anda beli. Ini sangat penting kerana boleh menyelamatkan anda dari membeli rumah yang salah. Kadangkala rumah yang murah tidak semestinya bagus dan beri manfaat untuk anda.

 

Ada kes rumah berhantu, rumah yang banyak kerosakan dan sebagainya. Tak syok lah kalau awal-awal lagi dah terpaksa keluarkan duit untuk baiki kerosakan. Tak syok juga rumah yang patutnya jadi tempat rehat tapi diganggu oleh makhluk lain. Sebab itulah, sebelum beli rumah anda mesti berfikir secara rasional. Beli rumah sebab rumah tersebut bagus dan beri manfaat. Bukan anda beli sebab ia murah. Elakkan sikap gopoh dan tidak sabar. Kalau tidak, diri sendiri yang akan menyesal.


Mindset #4 Beli rumah untuk duduk sendiri bukan aset pelaburan

Jika anda beli rumah untuk duduk sendiri itu bermakna anda menambah liabiliti bukan menambah aset. Perlu difahami yang aset mendatangkan cash flow atau duit masuk, sedangkan liabiliti adalah sesuatu yang mengambil duit anda tanpa pulangan. Rumah yang dibeli dengan mengambil sebahagian duit pendapatan anda setiap bulan adalah sebuah komitmen hutang. 

 

Melainkan anda sewakan rumah tersebut. Maka ia dipanggil sebagai aset pelaburan. Anda boleh wakilkan penyewa untuk bayar ansuran bulanan bagi pihak anda. Ibarat orang tolong bayarkan rumah yang jadi milik anda. Cool kan? Yang pasti anda tidak boleh dapat kelebihan ini jika melabur dalam instrumen kewangan lain.


Mindset #5 Delegate kerja untuk selesaikan urusan

Bila sudah ada aset pelaburan hartanah, tidak semestinya anda perlu buat semua benda sendiri. Kutip duit sewa, buat renovation, baiki kerosakan dan sebagainya. Sebenarnya anda boleh wakilkan orang lain untuk selesaikan semua urusan ini. Maka masa yang terluang boleh anda gunakan untuk fikir dengan strategik bagi mengembangkan pelaburan anda yang seterusnya.

 

Secara kesimpulannya, tidak kira anda newbie atau sudah lama dalam dunia hartanah, 5 mindset yang saya kongsikan di atas boleh diaplikasikan oleh sesiapa saja. Asasnya anda perlu tahu, mindset adalah perkara utama untuk anda mencapai matlamat yang anda mahukan. Termasuk matlamat untuk membeli rumah. Inilah yang akan menentukan sama ada anda kuat menempuh cabaran dan risiko untuk membeli dan menguruskan komitmen rumah ataupun tidak.

 

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.