3 Kesilapan Kewangan Orang Muda

orang muda May 06, 2022

Pada 2019, Bank Dunia telah mengeluarkan kenyataan bahawa 60% daripada individu yang muflis adalah dalam kalangan orang muda yang berusia 25 tahun ke atas. Kebanyakan berpunca daripada sikap orang muda yang tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pengurusan kewangan sehingga terjebak membuat kesilapan kewangan di usia muda.

 

Orang muda harus tahu, masa yang ada merupakan aset berharga untuk memperbaiki tahap kewangan mereka. Berita seperti di atas wajib dijadikan pedoman sepanjang hayat agar anda tidak mengulangi kesilapan yang sama. Dibelenggu dengan isu kewangan di usia muda merupakan suatu isu yang serius. Oleh itu artikel pada kali ini saya akan kongsikan 3 kesilapan kewangan orang muda supaya anda dapat menguruskan kewangan dengan lebih berhemah.

Orang muda cenderung membeli-belah melebihi keperluan

sumber: freepik

Kesilapan kewangan #1 Belanja di luar kemampuan

Tidak kira banyak atau sedikit jumlah gaji anda, kuncinya mesti ukur baju di badan sendiri. Jadi kalau gaji anda RM2,000, agak-agak berapa banyak yang anda mahu belanjakan?

 

Saya faham duit gaji adalah duit anda, cuma pastikan anda mempunyai bajet yang jelas sebelum gunakan duit tersebut. Melancong ke pulau sambil ber-selfie. Food hunting di kedai hipster. Online shopping di Lazada. Kalau tak buat bajet, sedar-sedar dah terbelanja sampai RM2,200. Gaji habis, duit simpanan pun lesap sekali.

 

Kebanyakan orang merasakan gaji mereka tidak cukup kerana jumlah yang sedikit. Tetapi jika gaji mereka RM10,000 sekalipun, jika berbelanja melebihi gaji, jumlah besar itu masih tidak cukup. Sebab itu orang muda harus membendung sikap berbelanja di luar kemampuan ini dari awal. Jadi masa depan orang muda tidak terjejas dari sudut fizikal dan mental.

 

Melihat situasi ini, tidak hairan segelintir atlet bola sepak luar negara yang pernah mendapat gaji yang lumayan dan menjadi duta kepada jenama terkemuka suatu ketika dahulu menghadapi kemurungan dan karier yang merosot akibat bankrap selepas 5 tahun bersara. Seperti yang terjadi kepada Ronaldinho, David James, Paul Gascoigne dan ramai lagi yang diisytiharkan muflis kerana tahap kewangan yang agak kritikal. Punca utama adalah boros berbelanja dan gaya hidup yang tidak sihat.


Tidak mengawal perbelanjaan menggunakan kad kredit punca kesilapan kewangan

sumber: freepik

Kesilapan kewangan #2 Salah guna kad kredit

Penyalahgunaan kad kredit bukan suatu perkara yang baharu. Ada sesetengah orang muda takut untuk mengambil kad kredit kerana mendengar macam-macam cerita buruk akibat penyalahgunaan kad kredit. Sebenarnya, bukan salah kad kredit, tapi salah pengguna itu sendiri yang tidak bertanggungjawab atas kewangan mereka.

 

Kalau dulu, untuk memohon kad kredit sangatlah susah. Tetapi tidak untuk zaman sekarang. Siapa saja boleh memohon kad kredit dan urusannya tidaklah terlalu kompleks seperti dahulu. Kemudahan begini sedikit sebanyak memberi kebimbangan terhadap golongan muda. 

 

Hakikatnya, kad kredit sangat berbahaya terutama bagi orang muda yang tidak mampu mengawal perbelanjaan. Orang yang tidak mengawal perbelanjaan akan cenderung membuat hutang apabila mereka tidak mampu bayar sesuatu yang mereka inginkan. Lebih merisaukan apabila kemudahan kad kredit membolehkan seseorang membayar jumlah minimum daripada hutang sebenar. Hal ini boleh memakan diri sendiri kerana setiap tunggakan hutang yang dibuat akan dikenakan interest sehingga 18% setahun. Kalau seseorang tidak langsaikan hutang kad kredit dengan cepat, hutang tersebut akan beranak-pinak. Jadi sekiranya orang muda di luar sana mahu menggunakan kad kredit, pastikan anda tidak salah menggunakannya dan mampu membayar semula hutang yang dibuat.


Elakkan buat personal loan supaya tidak terjebak dengan dosa kewangan

sumber: freepik

Kesilapan kewangan #3 Buat personal loan

Soalan paling kerap saya dapat adalah, bolehkah kita buat personal loan untuk beli dan dapatkan sesuatu yang kita mahukan?

 

Contohnya seperti ubah suai rumah, beli kereta, belanja kahwin dan macam-macam sebab lagi. Anda perlu jelas, untuk dapatkan sesuatu tidak semudah kita mengambil jalan pintas. Membuat pinjaman peribadi sebenarnya tanpa sedar anda sedikit demi sedikit merosakkan hidup anda. Sebab anda berhutang untuk mendapatkan sesuatu yang hakikatnya anda tidak mampu. 

 

Nasihat saya, kalau anda mahukan telefon canggih atau mesin basuh baharu, buat kiraan kos perbelanjaan sesuatu produk itu dan mula menabung untuk dapatkan jumlah tersebut. Bak kata pepatah, “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. Hidup tanpa hutang, hati lebih tenteram.

 

Cuma dalam dunia ini, siapa tak suka "easy money"?

 

Mudah dapat duit tanpa menabung. Namun anda harus ingat, berhutang boleh menyebabkan anda ketagih buat hutang yang lain pula. Lagi menggiurkan bila bank benarkan anda meminjam lebih banyak dari sebelum ini. Mungkin anda mula berfikir, alang-alang meminjam, ada duit lebihan pinjaman boleh buat simpanan. Silap hari bulan, tidak semena-mena duit lebihan lesap dahulu, simpanan entah ke mana. Sebab itu personal loan bukan solusi untuk anda menikmati kehidupan yang lebih selesa. Sebaliknya, anda boleh hidup selesa dengan bebas komitmen hutang. Nampak situasi yang saya beri macam drama, tapi jangan sampai sudah terhantuk baru nak tergadah..

 

Kesimpulannya, diisytiharkan muflis seawal usia 25 tahun bukanlah satu perkara kecil, apatah lagi bila ia boleh dielakkan dengan mengawal perbelanjaan. “You only live once” #YOLO katanya.

 

Tapi bagaimana kalau kesilapan kewangan yang dibuat masa muda kekal sehingga merosakkan masa depan dan keluarga?

 

Oleh sebab itu,  sudah menjadi tanggungjawab setiap dari kita mendidik generasi lebih muda khususnya agar mengambil pengajaran terhadap isu kewangan yang berlaku di sekitar. Orang muda perlu merancang kewangan dengan bijak dan pastikan sebelum berbelanja, fikir dengan rasional sama ada ia keperluan atau kehendak supaya tidak terjerumus dalam kesilapan kewangan.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.