Kereta atau rumah. Mana satu nak kena beli dulu?

property Jun 09, 2022

 

"Beli rumah dulu, kalau lambat-lambat harga rumah naik" - Itulah nasihat yang orang-orang tua selalu pesan pada orang muda. Tapi perasan atau tidak, pesanan hanya pesanan. Tidak ada guideline untuk orang muda mula buat tindakan. Mesti macam-macam perkara yang timbul dalam fikiran anda.

 

"Salah ke beli kereta dulu?"

 

"Berapa harga kereta yang sepatutnya kita beli?"

 

"Beli rumah untuk duduk atau untuk sewakan?"

 

Dan macam-macam lagi.

 

Jadi dalam artikel kali ini saya akan berkongsi lebih lanjut tentang mana satu yang patut anda beli terlebih dahulu. Kereta atau rumah? Supaya dengan perkongsian ini anda boleh membuat pertimbangan yang wajar demi masa depan agar tidak menyusahkan anda dikemudian hari.


Orang muda mesti buat pilihan bijak sama ada beli kereta atau rumah terlebih dulu

Apa jadi kalau anda beli kereta terlebih dahulu baru rumah?

Kalau ikutkan jiwa muda, mestilah kena beli kereta dulu. Orang kata baru ada gaya! 

 

Tapi cuma anda tanya diri anda, mana yang anda betul-betul perlukan sekarang?

 

Jika tanpa kereta pergerakan anda jadi sukar, tidak salah untuk membeli kereta terlebih dahulu. Tapi, anda harus tahu, kereta mungkin komitmen yang bakal meletihkan otak anda.

 

Sebab apa?

 

Kena servis kereta tiap bulan, kena bayar road tax tiap tahun, kena tanggung kos minyak dan tol. Tengok apa yang saya senaraikan pun sudah sakit kepala. Senang cerita, anda kena bersedia menanggung kos dan kerosakan yang boleh menyebabkan perbelanjaan anda 'bocor' setiap bulan. 

 

Untuk kurangkan risiko sakit kepala, ini tip yang anda boleh amalkan kalau nak beli kereta dulu sebelum beli rumah:

 

  1. Harga kereta mesti kurang dari gaji tahunan. Contoh gaji anda RM2,000 x 12 bulan iaitu RM24,000.00. Harga kereta anda mesti kurang dari 24K. InshaAllah tak sengsara!
  2. Cari pendapatan tambahan - jika anda ada set of skills, itu kelebihan yang perlu anda gunakan sebaiknya. Tidak kira nak mulakan perniagaan atau tawarkan kemahiran yang ada, yang penting bina aliran tunai yang positif.
  3. Bina track record bayaran yang baik - Elakkan dari 'tersangkut' bayar hutang supaya di mata bank, anda adalah peminjam yang baik dan dipercayai.

 

Tapi, apa jadi pula kalau anda beli rumah dulu baru beli kereta? Dalam konteks ini, anda perlu jelas sama ada anda membeli rumah pelaburan atau rumah untuk anda duduk sendiri. Kalau tanya saya, sebaik-baiknya usia muda ini digunakan untuk maksimumkan pelaburan. Maka lebih wajar kalau rumah yang dibeli itu mendatangkan cash flow, dan bukannya cash outflow. Untuk pengetahuan anda, cash flow adalah sejenis aset. Jadi, kalau matlamat anda adalah untuk memiliki aset, maka jadikan rumah yang dibeli sebagai rumah pelaburan. 

 

Persoalannya, macam mana nak lepas loan rumah?


Ketahui tip berhutang dengan bank untuk memiliki rumah pelaburan

Perkara pertama sekali yang anda harus jelas ialah bank akan beri pinjaman kepada seseorang yang boleh dipercayai untuk membayar semula hutang. Sekiranya situasi anda tidak pernah membuat sebarang hutang, penyelesaiannya adalah agar anda mula buat pinjaman untuk buktikan laporan kredit (CCRIS).

 

  1. Buat credit card. Pastikan apabila berbelanja menggunakan credit card, anda langsaikan hutang tanpa ada sebarang baki pada bulan itu. Sebab interest yang dikenakan sangat tinggi sehigga 18% setahun. Ingat, tujuan anda buat credit card adalah untuk bina track record yang baik bukan boros berbelanja.

 

  1. Buat ASBF. Tidak perlu amaun yang besar, cukup nilai yang rendah seperti RM50 ke RM100 sebulan. Konsisten bayar nilai tersebut tanpa gagal.

 

  1. Elakkan buat loan kereta dan personal loan. Jika bank cadangkan untuk anda buat dua pinjaman ini, lebih baik anda lari. Sebab pinjaman peribadi dan kereta ini boleh mengganggu kebolehan anda membeli rumah.

 

Dalam konteks ini, anda boleh berhutang tapi elakkan hutang jahat. Apa itu hutang jahat? Saya pernah kongsikan tentang hutang baik vs hutang jahat dalam artikel sebelum ini. (letak link)

Penyewa boleh dimanfaatkan untuk membayar ansuran bulanan rumah bagi pihak pembeli
Bila cakap pasal hutang, ada satu lagi mazhab tentang beli rumah, iaitu beli rumah secara tunai. Semua orang faham, nak beli rumah bukan macam beli Nasi Ayam. Kita bercerita tentang sesuatu yang besar dengan nilai yang besar. Modalnya bukan sebarang angka. Hampir mencecah 6-7 angka! 

 

Jadi, untuk anda yang tidak suka berhutang dan berhasrat untuk beli rumah secara cash, fikirkan dengan rasional tentang game sebenar pelaburan hartanah.

 

Harga rumah atau hartanah biasanya mencecah ratusan ribu ringgit ke atas. Nak tunggu anda cukup duit mungkin masa itu umur anda sudah menjangkau usia emas untuk miliki rumah pelaburan. Kalau anda ada duit yang banyak sekalipun, cuba fikir banyak kali sebelum anda membeli rumah.

 

Sebab, kenapa anda perlu guna duit sendiri sedangkan anda ada kelebihan untuk guna “Other People's Money” (OPM) untuk membeli rumah? 

 

Dengan OPM, anda boleh jadikan penyewa untuk bayar ansuran bulanan rumah bagi pihak anda. Tak perlu gunakan duit poket anda. Cara ini sudah semestinya anda tidak boleh lakukan dalam pelaburan lain. Hanya dalam pelaburan hartanah sahaja. Kita beli rumah, orang lain tolong bayarkan. Unik kan? 

 

Kebiasaannya, pelaburan hartanah adalah long-term gain. Nak pastikan anda benar-benar dapat pulangan yang berbaloi, memakan masa yang panjang untuk nikmati capital appreciation (kenaikan harga aset)

 

Secara kesimpulannya, sama ada patut beli kereta atau rumah dulu adalah bergantung pada situasi anda. 

 

Cuba anda lihat situasi anda mana satu yang benar-benar anda perlukan?

 

Kalau situasi hidup anda memerlukan kenderaan yang selesa untuk memenuhi tuntutan kerja dan sudah berkeluarga, tidak salah untuk beli kereta dulu. Tapi, berbalik pada tip yang saya kongsikan di atas, beli kereta yang bersuaian dengan gaji. Supaya anda tidak terbeban menanggung kos bayaran yang melibatkan kereta.

 

Kalau anda rasa kereta bukan keperluan pada masa sekarang, tempat kerja pun dekat boleh naik motor atau tumpang kawan, hidup masih bujang, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk cari rumah pelaburan. Tapi harus ingat, setiap pelaburan mesti dengan ilmu. Tambah ilmu pengetahuan tentang pelaburan hartanah, supaya pelaburan anda mendatangkan pulangan untuk anda.

 

Jadi pada masa sekarang, mana satu nak kena beli dulu? Kereta atau rumah?



Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.