Pada zaman sekarang, nak mula melabur bukan suatu perkara yang rumit. Semua maklumat yang anda mahukan tentang pelaburan, ada di hujung jari. Banyak tip, cadangan, kelas dan macam-macam lagi yang berkait dengan pelaburan dihidangkan dalam internet.
Tapi, kenapa agaknya walaupun kita mempunyai kelebihan yang saya sebutkan dekat atas, masih ramai lagi orang di luar sana belum mula buat pelaburan?
Kalau anda nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian pada kali ini tentang 3 sebab seseorang masih belum mula melabur supaya anda sedar situasi anda sekarang dan buat tindakan melabur dengan segera.
Perasaan takut rugi antara alasan yang sering diberikan yang menjadi sebab kenapa orang ramai masih belum melabur. Setiap duit yang anda simpan dan kumpulkan pasti ada nilai sentimental yang tersendiri. Mana tidak, duit hasil anda berkerja keras siang dan malam. Tapi, sekiranya anda masih belum melabur dan membiarkan duit anda disimpan dalam bank sahaja, anda sememangnya rugi.
Eh, kenapa pula rugi?
sebab anda biarkan simpanan anda terdedah kepada inflasi. Kalau anda nak tahu inflasi digelar “pencuri” dalam senyap. Nak faham tentang inflasi, baca di sini. Untuk pengetahuan anda, inflasi ini berlaku setiap masa sejak tahun 1971 lagi. Setiap negara yang mahu mencetak duit mestilah berdasarkan nilai emas yang dimiliki oleh sesebuah negara. Tapi, perkara ini terjadi sebaliknya. Cetakan duit berlaku tanpa kawalan sehingga menyebabkan nilai duit jadi jatuh merosot.
Melabur bukan tentang untung dan rugi semata. Tapi perkara yang lebih penting adalah menyelamatkan duit anda dari dimakan inflasi. Jika anda masih takut untuk melabur kerana takut duit anda hilang, anda boleh letakkan duit anda dalam pelaburan yang rendah risikonya. Saya cadangkan 5 kriteria tempat pelaburan yang boleh anda pilih mengikut selera pelaburan anda.
Kadang-kadang, bila terlalu banyak maklumat yang anda dapati menjadikan anda overwhelmed dan tak tahu nak mulakan dari mana. Betul tak?
Apa kata anda aplikasikan langkah untuk mula buat pelaburan supaya anda tidak terperangkap dengan maklumat semata-mata.
Belajarlah dari mereka yang ada kemahiran dan kepakaran tentang instrumen pelaburan tak kira melalui buku, YouTube dan lain-lain. Ambil sebanyaknya pengalaman melalui teori pembelajaran. Kalau anda nak mula melabur dalam saham? Sertai saya dalam Saham Profit League.
Jika bergantung pada teori semata tanpa buat tindakan tidak akan menjadikan duit anda selamat atau berganda. Apa yang anda perlu buat adalah mulakan saja dengan 3 teknik iaitu: think big, start small dan scale fast. Anda mesti ada objektif pelaburan, mula dengan modal yang kecil dan berjaya buat pertambahan dalam pelaburan. Kemudian, ULANG teknik yang sama supaya anda dapatkan pengalaman melabur.
Pada masa sekarang, sebenarnya modal sudah tidak menjadi penghalang untuk anda kerana anda boleh melabur serendah RM1 dan RM100.
Itu adalah jumlah paling minimum untuk anda mula melabur. Ramai orang yang belum mula melabur beranggapan, nak melabur mesti ada modal yang besar. Sedangkan hakikatnya, tidak. Anda hanya perlu bijak mencari pelaburan yang menepati kehendak dan citarasa anda.
Jadi, daripada 3 sebab yang saya senaraikan di atas, anda berada di situasi mana? Sebagai kesimpulan, jika anda tidak keluar dari 3 sebab di atas, anda mungkin melambatkan proses menjadi seorang yang kaya. Sebab memiliki pelaburan adalah satu senjata untuk sesiapa sahaja menggandakan pendapatan.
Pemikiran orang kaya sentiasa memanfaatkan peluang yang anda untuk melabur dengan bijak. Mereka percaya, melabur dengan ilmu dalam masa yang sama melabur dalam instrumen pelaburan akan memberi impak pada kekayaan mereka. Jadi, melaburlah dari sekarang dengan bijak dan seawal yang mungkin.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.