Inflasi merupakan fenomena di mana harga barang dan perkhidmatan meningkat secara berterusan dalam satu tempoh masa. Sebenarnya, inflasi bukanlah satu fenomena ekonomi yang baru saja berlaku. Setiap tahun kita semua sentiasa dihidangkan dengan isu kenaikan harga. Baru-baru ini, berita tentang kenaikan harga bekalan makanan seperti ayam, telur, minyak dan lain-lain semakin tinggi. Semua ini membuktikan inflasi ini adalah fenomena yang tiada penghujungnya. Tapi sejak kebelakangan ini, topik inflasi semakin kerap diperkatakan.
Anda rasa apa sebab orang ramai bercakap tentang inflasi?
Tidak lain tidak bukan sebab orang ramai makin terkesan dan terhimpit dengan bebanan kos sara hidup. Barang makin mahal, kadang terpaksa terhadkan belanja keperluan harian. Di sini dapat anda lihat, inflasi memberi kesan terhadap kenaikan harga barang dan kuasa beli pengguna. Bukan itu saja, inflasi malah menyebabkan isu pengangguran dan nilai matawang negara merosot.
Semua kesan yang saya sebutkan di atas adalah di luar kawalan anda dan terpaksa juga untuk semua orang harung demi meneruskan kelangsungan hidup. Situasi ekonomi yang mencabar tapi tidak mustahil untuk atasi kesan inflasi ini.
Sebab itu dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda 3 cara untuk atasi kesan inflasi yang boleh anda aplikasikan dengan bijak supaya anda boleh survive walaupun terpaksa mengharungi situasi ekonomi yang mencabar.
Sumber: Freepik
Dalam situasi yang anda sendiri tidak mampu kawal seperti kenaikan harga barang, satu-satunya yang anda boleh kawal adalah duit anda sendiri.
Duit yang ada, fokus untuk buat simpanan dengan lebih disiplin. Sekurang-kurangnya, anda mesti ada simpanan sebanyak 6 bulan perbelanjaan.
Contoh kiraan:
Perbelanjaan setiap bulan: RM1,800 x 6 bulan = RM10,800.
Anda mesti ada sekurang-kurangnya RM10,800 sebagai simpanan. Dan dari masa ke masa perlu ditambah secara konsisten untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa depan.
Dalam masa yang sama, usahalah untuk kurangkan perbelanjaan. Sebabnya, bila harga barang naik, kuasa membeli anda sebagai pengguna akan menurun.
Kaji balik gaya hidup sendiri, di mana anda boleh kurangkan perbelanjaan seharian. Contohnya bila anda tengok harga makanan di Food Panda mahal, anda mungkin nak mula untuk masak sendiri berbanding order di kedai makan. Masak sendiri lebih jimat dari sudut kos perbelanjaan.
Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan elakkan berbelanja perkara yang di luar kemampuan anda.
Dengan cara kukuhkan simpanan dan kurangkan perbelanjaan ini, anda akan rasa lebih selamat dan terjamin walau dalam keadaan apa sekalipun.
Sumber: Freepik
Inflasi juga memberi kesan terhadap pengangguran di seluruh dunia. Syarikat atau organisasi yang tidak stabil mungkin terpaksa memberhentikan pekerja dan hanya menawarkan pekerjaan kontrak berbanding kerja tetap. Mereka terpaksa cut cost pengambilan pekerja untuk survive dalam perniagaan mereka.
Oleh sebab itu , anda perlu persiapkan diri dengan kemahiran yang boleh menjana pendapatan tinggi. Antaranya ialah kemahiran dalam sales dan marketing. Mungkin sedikit lari dari bidang yang anda belajar di Universiti. Tapi ketika degree anda tidak menjamin pekerjaan, kemahiran menjual dan memasarkan sesuatu produk dan perkhidmatan boleh menyelamatkan anda.
Sekurang-kurangnya anda boleh cipta peluang pekerjaan baru atau menarik minat majikan yang memerlukan kemahiran sales dan marketing anda. Kemahiran ini akan bantu melonjakkan sesebuah perniagaan untuk meraih keuntungan walaupun keadaan ekonomi merosot.
Sumber: Freepik
Satu perkara yang anda mesti tahu, inflasi berpunca daripada cetakan matawang yang tidak terkawal hingga menyebabkan nilai matawang jatuh merosot. Ini bermakna pelaburan yang berasaskan matawang pada ketika fenomena inflasi berlaku akan turut terkesan. Tak kiralah anda melabur dalam saham, simpan duit dalam ASB dan sebagainya. Duit anda mungkin bertambah dengan manfaat dividen, tetapi hakikatnya nilai matawang yang lemah tidak menjadikan anda untung dan kaya.
Berdasarkan sejarah ekonomi di Malaysia, antara pelaburan yang sesuai untuk anda terlibat adalah dalam komoditi dan precious metal. Contoh komoditi seperti minyak, kelapa sawit, gandum, padi dan sebagainya. Semua ini adalah contoh barang asas kerana ketika inflasi, orang ramai banyak tertumpu untuk mencukupkan barang keperluan asas. Jadi permintaan dalam sektor ini akan lebih tinggi.
Manakala precious metal pula dimaksudkan dengan pelaburan seperti emas dan perak. Emas contohnya adalah instrumen pelaburan yang dikategorikan sebagai pelindung nilai (hedging). Emas yang anda ada boleh dibawa ke negara lain untuk ditukar dengan nilai matawang di luar negara yang lebih tinggi berbanding di Malaysia. Duit yang anda dapat boleh dimanfaatkan untuk mengharungi kesan inflasi dengan lebih tenang.
Apa pun, kemerosotan nilai matawang ini sudah pasti bukan di bawah kawalan diri anda sendiri. Tapi anda boleh kawal ke mana duit anda patut dilaburkan sementara pelaburan yang berasaskan matawang terkesan dengan hebat.
Secara keseluruhannya, inflasi bukan saja berlaku di Malaysia, malah berlaku di peringkat global. Seluruh dunia merasai kesan inflasi yang membebankan.
Seperti yang saya katakan, walaupun anda tak boleh hentikan inflasi, anda mampu atasinya.
Gunakan 3 cara untuk atasi kesan inflasi yang saya kongsikan di atas supaya anda boleh hidup dengan lebih selamat dan terjamin.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.