Hutang Baik vs Hutang Jahat

hutang May 28, 2022

Dulu saya fikir hidup tanpa hutang adalah definisi kekayaan yang sebenar. 

Mana tidaknya, saya tidak suka serabutkan kepala dengan membayar ansuran kereta atau bayar kad kredit setiap bulan.

 

Selepas buat keputusan untuk balik ke Malaysia setelah beberapa tahun bekerja di UK, saya membeli sebuah kereta terpakai (second hand) secara tunai. Asalkan memudahkan saya bergerak ke sana sini, itu sudah cukup. 

 

Tapi itu dulu.

 

Sampai suatu hari saya tersentak mendengar kata-kata seorang mentor kewangan saya iaitu Robert Kiyosaki tentang pemikiran bebas hutang adalah mereka yang berada dalam golongan minda kelas sederhana atau ‘middle class’.

 

Ini buat saya terfikir, kalau middle class pun dah bebas hutang, macam mana pula dengan golongan first class? Dahsyat betul ‘level’ mereka yang mempunyai minda kelas pertama!

 

Rupanya ketika itu saya belum upgrade cara berfikir untuk melihat sudut pandang dalam mengembangkan kekayaan iaitu melalui hutang.

 

Setelah saya gali dengan lebih lagi tentang hutang ini, saya dapat simpulkan, perkara paling penting untuk kita faham ialah perbezaan antara hutang baik dan hutang jahat.

 


sumber: freepik

APA ITU HUTANG BAIK?

Secara ringkasnya, hutang baik atau good debt merupakan hutang yang anda buat tetapi mendatangkan pulangan atau income dari sudut aliran tunai atau kenaikan harga atas sesuatu yang anda beli.

 

Terdapat beberapa kriteria tentang hutang baik untuk anda lihat dengan lebih jelas :

 

Hutang baik menjana pendapatan/ Good debt generate income 

Kalau anda pernah dengar kisah seorang Billionaire Malaysia iaitu Tony Fernandes semasa awal-awal menubuhkan syarikat penerbangan beliau iaitu Air Asia, pasti anda dapat meneka apa itu good debt. Menurut sumber, beliau telah menanggung hutang sebanyak 40 juta untuk membeli dua buah kapal terbang bagi memulakan perniagaannya. Setahun kemudian akhirnya beliau mampu menjana keuntungan dan membayar semula hutang.Inilah yang dimaksudkan hutang yang menjana pendapatan.

 

Anda boleh ‘gunakan’ duit orang lain untuk bayarkan hutang anda / Good debt you can leverage to other people

Anda buat hutang tapi orang lain bayarkan. Boleh ke buat macam tu?

Jawapannya boleh! Contohnya anda membeli sebuah kereta dan anda hanya gunakan kereta tersebut pada waktu tertentu sahaja seperti pada waktu hujan atau perlu berjalan jauh. Kebiasaannya anda hanya gunakan motor untuk berulang-alik dari kerja. Daripada biarkan kereta anda tidak digunakan, lebih baik anda sewakan kereta tersebut. Hasil duit sewaan itu anda boleh gunakan untuk membayar ansuran kereta atau membaiki kereta.

Selain itu juga anda boleh mendapatkan kereta percuma dengan hanya menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah kereta. Jadi dengan dua cara ini anda tidak perlu berhutang kerana penyewa atau penaja yang bayarkan kereta untuk anda.

 

Tempoh pembiayaan yang panjang / Long loan tenure

Kebiasaannya, semakin lama tempoh hutang, semakin rendah bayaran bulanan yang dikenakan. Contohnya, pinjaman perumahan yang mempunyai tempoh yang panjang seperti 30 hingga 40 tahun. Ini memberi ruang untuk aset tersebut meningkat dari sudut nilai, tanpa anda perlu membayar komitmen bulanan yang terlampau tinggi.

 

Tujuan untuk membeli aset / To buy assets

Inilah tujuan utama membuat hutang. Takkan pada umur lanjut baru anda ada cukup simpanan untuk membeli aset? Dengan hutang anda boleh membeli aset yang harganya sangat mahal. Cuba anda check tujuan anda berhutang, adakah berada di landasan yang betul? Dengan aset anda mampu menjana pendapatan tambahan dari sudut cash flow melalui hasil sewaan dan capital appreciation.

 

 


sumber: freepik

 APA ITU HUTANG JAHAT?

Hutang jahat atau bad debt merupakan ‘lawan’ bagi hutang baik yang mana anda membuat pinjaman tanpa anda mendapatkan apa-apa pulangan. Hutang jahat perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan anda menanggung caj yang tinggi akibat menunda bayaran.

  

Hutang jahat menghabiskan duit anda (tiada pulangan) / Bad debt cost out your money (no return)

Ingat, hutang baik boleh bertukar menjadi hutang jahat. Contohnya pinjaman rumah. Jika anda tidak dapat sewakan rumah tersebut, ia boleh menjadi liabiliti kepada anda. Menjadi satu masalah apabila komitmen yang perlu ditanggung semakin bertambah dan paling menyedihkan, anda tidak berpeluang membuat simpanan dan pelaburan.

  

Anda tanggung hutang sendiri / You are responsible for own debts

Berbeza dengan hutang baik, anda tidak boleh mewakilkan orang lain untuk membayar hutang bagi pihak anda. Senang cerita, andai rumah atau kereta tidak disewakan untuk tujuan mendapat pulangan, selagi itu anda terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membayar hutang tersebut.

 

Tempoh pembiayaan yang singkat / Short loan tenure

Biasanya tempoh hutang yang singkat ini mempunyai tarikh khusus untuk anda menyelesaikannya secepat mungkin. Sebagai contoh, kad kredit. Anda perlu menjelaskan hutang tanpa meninggalkan baki agar anda tidak memberi ruang kepada bank mengenakan caj atau interest keatas anda. Ini kerana interest kad kredit adalah yang paling tinggi sekali sehingga mencecah 18% jika nak dibandingkan dengan instrumen hutang yang lain.

 

Semata-mata memenuhi kemahuan dan gaya hidup / To satisfy your desires and lifestyle

Adalah sangat tidak berbaloi berhutang untuk memuaskan nafsu dan menayang kekayaan. Walaupun hidup hanya sekali, jangan sesekali gadaikan hidup anda dengan perkara yang menyesakkan hidup di kemudian hari. Takut nanti anda bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah orang di sekeliling anda.

 

Selepas tahu perbezaan hutang baik vs hutang jahat ini, apa persepsi anda sekarang tentang hutang?

 

Secara keseluruhannya, instrumen hutang tidaklah seburuk yang orang ramai sangkakan. Seseorang yang mempunyai minda kelas pertama tidak takut untuk membuat hutang, malah mereka menjadikan hutang sebagai instrumen untuk kembangkan lagi kekayaan. Apa yang penting, anda perlu elakkan hutang jahat dan berpada-pada membuat hutang.

 

Semoga artikel kali ini dapat membuka minda anda dalam melihat instrumen hutang pada dimensi yang berbeza dalam mewariskan kekayaan kepada generasi akan datang.

 

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.