Dr Adam Zubir & Program Absorich

kewangan May 19, 2023

Selama ini, anda mungkin mengenali nama Dr Adam Zubir melalui platform YouTube dan social media. Memang betul, Dr Adam Zubir adalah seorang influencer dan Youtuber yang suka bercakap tentang kewangan. Tapi pernah tak anda tertanya, selain itu, apa yang beliau buat? Kenapa ada title “Dr” dekat depan? 

 

Jadi dalam artikel kali ini, kami di Absorich membawakan kepada anda, Blog Post Special yang membuka sisi lain untuk anda mengenali Dr Adam Zubir dan syarikatnya, Absorich Sdn Bhd secara lebih dekat.

 

Ready?

Dr Adam Zubir yang dikenali sebagai Doktor Kewangan merupakan seorang perunding kewangan berlesen

Kalau anda nak tahu, Dr Adam Zubir merupakan seorang Perunding Kewangan Berlesen (Certified Financial Planner) oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sebelum kemunculan beliau secara aktif di media utama, Dr Adam Zubir adalah speaker di ML Studio yang bercakap tentang kewangan dan pelaburan. Beliau pada asalnya adalah seorang doktor perubatan di United Kingdom. Merupakan graduan Queen's University of Belfast, United Kingdom, sebelum mengubah haluan ke dunia kewangan pada tahun 2017.

 

Jadi, disebabkan latar belakang beliau sebagai bekas doktor, title doktor melekat sampai ke hari ini. Siapa sangka, kegigihan beliau mencari ilmu terutama dalam bidang kewangan membuahkan hasil. Antara kelulusan profesional beliau dalam industri kewangan ialah FAR, CFP, ShRFP, dan CMSRL. Beliau juga merupakan speaker di Bursa Malaysia dan banyak dijemput oleh badan terkemuka seperti Bank Negara, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Maybank, Petronas, IPTA/PTS serta di media utama seperti RTM, TV3 dan banyak lagi. Kalau dulu doktor yang merawat penyakit, sekarang Dr Adam Zubir adalah “Doktor Kewangan”.

 

Pada 2019. Dr Adam dan isterinya Bella, yang juga merupakan junior doctor di Northampton General Hospital telah membangunkan syarikat bernama Absorich Sdn Bhd. Untuk pengetahuan anda, fokus utama Absorich adalah untuk membantu masyarakat mendapat akses kepada ilmu kewangan melalui online courses, seminar dan private coaching.

 

Antara program Absorich yang dikendalikan sepanjang tahun ialah:

 

Digital Courses

FINANCIAL STARTER PACK (FSP)

Panduan untuk beginner khususnya golongan muda dan profesional yang baru memulakan journey menguruskan kewangan. FSP adalah module komprehensif yang bertujuan untuk membantu orang ramai tingkatkan simpanan, elakkan hutang jahat dan mula melabur duit mereka seawal mungkin.

RICH MIND INTENSIVE (RMI)

Video training selama 21 hari untuk bantu menyelaraskan mindset dengan matlamat kewangan. Intipati dalam course ini adalah proses yang terbukti mampu  “memecahkan” money blocks dan limiting belief yang sekian lama menghantui diri. Mereka yang aplikasikan RMI dalam kehidupan akan merasai transformasi dari sudut cara fikir terhadap duit dan kekayaan.

MASTER YOUR RICHES (MYR)

MYR adalah self-teaching program mengenai “The Millionaire Framework” yang merangkumi 3 M iaitu Money Mindset, Money Management dan Money Making Skills. Program ini berlangsung selama 12 bulan dengan module lengkap untuk peserta mencapai tahap kewangan yang mereka impikan.

UNIT TRUST SOCIETY (UTS)

Program yang direka untuk melahirkan komuniti pelabur Unit Trust yang independent yang boleh memaksimumkan pulangan mereka tanpa ejen. Ini membolehkan semua orang terutamanya golongan profesional yang bekerja untuk mengurus portfolio pelaburan sendiri tanpa mengambil banyak masa atau skill teknikal yang rumit.

SAHAM PROFIT (SP)

Satu program yang mencetuskan revousi terhadap method melabur dalam saham. Absorich memperkenalkan 4 method mudah untuk orang yang sibuk bekerja menjadi lifestyle trader yang mana mampu mendapatkan extra income dengan saham secara konsisten dengan mudah dan selamat.  Dalam Saham Profit, Absorich mempunyai 2 kursus iaitu Saham Profit League (SPL) dan Saham Profit Mentorship (SPM). Setakat hari ini, komuniti Saham Profit telah mencecah 4,000 sejak ditubuhkan pada 2021. Anda boleh tengok rakaman Saham Live Trade yang berlangsung di SVOFO Training pada tahun 2022 dekat sini.

 

Coaching:

INFLUENCE 2 IMPACT MENTORSHIP (I2IM)

Program yang meliputi 4 masterclass utama iaitu Impact Masterclass, Immense Profit Masterclass, Influence Masterclass dan Identity Masterclass. I2IM adalah program bimbingan selama 1 tahun yang mana mereka belajar untuk menerapkan kualiti 5 bintang ke dalam career high income skills yang mereka ceburi. Setakat hari ini, Absorich membantu ahli perniagaan, akauntan, jurulatih, photographer, doktor dan ramai lagi dalam mencapai misi visi masing-masing. Anda boleh tengok gambar suasana program dekat bawah!

Influence masterclass adalah salah satu masterclass yang dianjurkan oleh Absorich dan Dr Adam Zubir

I2IM adalah program Absorich selama 1 tahun yang turut memperkenalkan Immense Profit Masterclass

Impact Masterclass merupakan kelas pertama dalam I2IM yang dianjurkan oleh Absorich dan Dr Adam Zubir

MASTER YOUR RICHES VIP

Konsep yang diaplikasikan dalam MYR VIP adalah hubungan mentor-mentee. Program yang dikendalikan oleh Dr Adam ini memberi kelebihan kepada peserta untuk mendapatkan akses kepada nasihat kewangan secara lebih dekat yang tidak berat sebelah yang berkaitan dengan situasi semasa dan fasa kehidupan mereka. 

 

Seminar fizikal:

MONEY LEVEL UP

Seminar fizikal yang berlangsung selama 3 hari. Terdahulu seminar ini dikenali sebagai Master Your Riches (MYR) Live Event. Akan tetapi, kami rebranding seminar ini semula dengan 5 module lengkap untuk segenap lapisan masyarakat yang mahu LEVEL-UP kewangan dan kehidupan mereka.

Program Absorich yang paling besar yang dianjurkan secara fizikal dinamakan Seminar Money Level Up (MLU Live Event)


Jadi inilah serba sedikit tentang Dr Adam Zubir dan Program Absorich yang dapat kami kongsikan dalam Blog Post Special kali ini. Masih banyak program yang kami sedang usahakan seperti Cryptocurrency, Hartanah, Emas, Global Stock Exchange dan lain-lain supaya misi kami memandaikan masyarakat dalam kewangan tercapai untuk generasi ke setiap generasi. Nak tahu lebih lanjut tentang program Absorich? Join kami dalam MONEY LEVEL UP yang akan berlangsung tak lama lagi! Klik di sini.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.