Bayar Hutang Atau Buat Simpanan. Mana Lagi Penting?

kewangan May 11, 2023

Setiap kali ada duit extra, pernah tak anda keliru sama ada nak utamakan bayar hutang atau buat simpanan? 

 

Saya tahu ramai orang dekat luar sana, kadang tak tahu nak prioritikan mana satu. Sebab keduanya sama penting. Kalau tak bayar hutang, nanti nama kena blacklist. Kalau tak buat simpanan pula, susah juga. Takut kalau ada emergency, mana nak korek duit. Kan?

 

Jadi dalam artikel kali ini saya akan kongsikan 3 perkara yang boleh anda pertimbangkan untuk buat keputusan sama ada nak langsaikan hutang atau buat simpanan? Supaya setiap kali anda ada duit extra, anda tak keliru nak salurkan duit anda ke mana.

 

#1 Kadar faedah atau caj

Jika anda ada hutang yang mengenakan kadar faedah atau caj yang tinggi, perkara ini sepatutnya menjadi keutamaan untuk anda. Kalau anda lambat bayar atau hanya bayar jumlah minimum, memang bahaya! Takut hutang anda makin bertimbun kerana terpaksa bayar faedah dan caj yang tinggi. 

 

Contohnya, anda ada tunggakan kad kredit sebanyak RM400. Maka sebaiknya langsaikan terus RM400. Kerana kadar faedah atau caj kad kredit adalah paling tinggi sehingga boleh mencecah 18% setahun kalau anda gagal bayar balik jumlah yang sepatutnya dalam tempoh yang ditetapkan. Jadi untuk situasi ini anda kena utamakan bayar hutang berbanding simpanan. Sayangi duit anda. Jangan bazirkan duit extra yang anda ada hanya untuk membayar hutang dan caj yang dikenakan sepanjang hayat. Baca lebih lanjut tentang kad kredit di sini.

 

Pada masa yang sama, jangan lupa buat simpanan yang konsisten. Dalam situasi ini, anda mungkin tidak dapat buat simpanan yang banyak sebab duit sudah diperuntukkan untuk bayar hutang. Tak apa, asalkan ada menyimpan walau RM10 sebulan.

 

#2 Kenalpasti tahap kewangan anda

Ada orang, nak cepat-cepat capai bebas hutang. Tapi simpanan kecemasan langsung tidak ada. Kalau anda belum bina simpanan kecemasan, tak perlu terlalu agresif bayar hutang. Sebab tak semua hutang dalam kategori membebankan. Ada hutang yang masuk dalam kategori hutang baik. Tapi jangan salah faham. Hutang baik bukan bermaksud anda boleh tangguhkan bayaran sesuka hati. Ia berbalik kepada point nombor 1 dekat atas.

 

Cuba anda ambil masa untuk teliti cashflow anda setiap bulan. Kalau dapat simpan 30% daripada gaji, itu sudah memadai. Paling penting, bina tabung kecemasan adalah keutamaan dalam situasi ini. Sebab anda belum ada back up sekiranya berlaku perkara yang tak dijangka pada masa depan.

 

Bayangkan, duit extra yang anda ada semua diperuntukkan untuk bayar hutang. Tiba-tiba di tengah bulan kereta anda rosak dan kena bayar kos yang tinggi. Mana nak korek duit kalau bukan dalam simpanan kecemasan? 

 

#3 Matlamat kewangan

Setiap orang ada matlamat yang nak dicapai dalam hidup. Contohnya, nak beli rumah, nak menyimpan untuk persaraan dan ada juga yang nak bebas hutang. Bila matlamat kewangan anda sudah dispesifikkan bermakna anda ada pilihan peribadi (personal preference) untuk memilih sama ada duit extra  yang anda ada nak digunakan untuk bayar hutang atau buat simpanan. Ada orang tak kisah untuk buat keduanya secara serentak. Ada orang lebih suka hidup tenang tanpa berfikir tentang hutang. Jadi, matlamat kewangannya adalah langsaikan hutang secepat mungkin. Ada juga yang memilih untuk kumpulkan simpanan dengan cepat supaya dapat membeli sebuah rumah. Maka, untuk buat pertimbangan keputusan, anda kena tanya diri anda apa matlamat  yang anda mahukan.


Secara kesimpulannya, duit extra yang anda ada mestilah anda uruskan dengan betul. Kalau anda gunakan duit tanpa ada alasan yang betul, mungkin anda akan menyesal seumur hidup anda. Nak buat keputusan realistik, anda mesti ambil cakna 3 perkara yang saya kongsikan dalam artikel ini supaya anda tahu mana yang lebih penting. Bayar hutang atau buat simpanan? Semoga bermanfaat.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.