7 Idea Side Income Terbaik di Malaysia

income Oct 06, 2022

Side income bukanlah suatu terma yang baharu dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ia merupakan aktiviti untuk menambah pendapatan seseorang selain daripada pekerjaan hakiki. Semua sedia maklum, situasi ekonomi tidak menentu. Harga barang yang naik mendadak menjadikan kita semua terbeban dan tidak berasa selamat jika bergantung hanya pada satu income semata-mata.

 

Kalau dulu, skop untuk buat side income adalah kecil dan terhad. Tapi tidak seperti sekarang. Dengan kecanggihan teknologi digital yang ada sekarang, banyak lubuk side income di Malaysia yang boleh anda ambil peluang. Ada pekerjaan secara online mahupun offline. Semua bergantung kepada minat dan fleksibiliti pekerjaan anda. 

 

Jadi, untuk membantu anda mendapatkan idea side income yang boleh mengurangkan bebanan dalam meneruskan kelangsungan hidup, artikel ini istimewa untuk anda! Ikuti perkongsian pada kali ini tentang 7 idea side income terbaik di Malaysia. 

 

Menjadi guru atau tutor merupakan aktiviti side income yang agak popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia
Sumber: Freepik

Idea Side Income #1 Jadi guru tuisyen atau tutor

Menjadi seorang guru tuisyen atau tutor secara separuh masa merupakan pekerjaan yang agak popular di Malaysia terutama golongan muda. Saya yakin, pelajar-pelajar di Universiti suka ambil peluang ini sebagai side income.

 

Hanya berbekalkan ilmu pengetahuan tentang subjek di sekolah contohnya Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan lain-lain. Tidak ketinggalan ada juga yang menjadi guru mengaji yang mengajar Iqra’ dan Al-Quran untuk golongan kanak-kanak sehingga dewasa.

 

Selain mengajar secara bersemuka anda juga boleh mengajar melalui dalam talian. Yang menariknya mengajar melalui dalam talian, anda boleh luaskan capaian pelajar anda ke seluruh negeri. Anda boleh manfaatkan platform video call melalui Zoom, Google Meet, Team, Skype dan banyak lagi.

 

Cas perkhidmatan bergantung kepada anda. Atau anda boleh buat sedikit kaji selidik berapa harga standard yang selalu ibu bapa setuju untuk menghantar anak mereka ke kelas tambahan. Kalau dalam lingkungan RM30-RM50 untuk 2 jam pun memadai. RM30-RM50 pun duit juga, siapa nak bagi.. Tak gitu?

 

Menjual produk sedia ada di pasaran sebagai side income dipanggil sistem dropship dan agentSumber: Freepik

Idea Side Income #2 Jadi dropship/agent

Boleh kata berlambak juga peluang buat side income dengan hanya menjadi dropship dan agent produk. Untuk mudah faham, konsep dropshipping ini umpama anda menjual produk orang lain tetapi semua urusan penghantaran barang diuruskan oleh pihak supplier. Tugas anda hanya perlu promot dan jualkan. 

 

Nak mula menjadi dropship pun sangat mudah yang mana anda tak perlu modal yang besar, dan ada juga yang tak perlukan modal langsung. Segala bahan marketing disediakan untuk melancarkan urusan jualan anda.

Dropship pun ada banyak cabangnya. Contohnya kosmetik, kek, tudung, baju dan macam-macam lagi. Setiap produk sudah pasti ada keuntungan yang berbeza. Jadi, pastikan keuntungan side income anda sebagai dropship berbaloi dengan masa anda.

 

Seseorang yang mempunya kemahiran boleh menjana income dengan menjadi seorang freelancer seperti jurugambarSumber: Freepik

Idea Side Income #3 Freelancer

Anda ada pengetahuan dan kemahiran? 

 

Inilah masanya untuk lompat ke dunia freelancer. Jika anda masih baru tentang ini, freelance bermaksud bekerja secara bebas. Yang mana tidak terikat oleh mana-mana individu atau syarikat. Peluang untuk anda dapatkan side income terbentang luas sejak wujudnya platform freelancer yang tumbuh bak cendawan. Contohnya fiver, freelancer.com, Guru, Upwork dan banyak lagi.

 

Nyatakan apa saja jenis kemahiran yang anda ada. Menulis, membuat reka bentuk grafik, editing video, translator, semuanya anda boleh buat duit. Carilah projek atau pekerjaan freelance yang selari dengan minat anda. Supaya anda lebih enjoy untuk buat side income.

Gig ekonomi membuka peluang orang ramai untuk buat side income dalam sektor delivery atau penghantaran makananSumber: Freepik

Idea Side Income #4 Servis delivery/rider/driver

Bila sebut tentang cari side income dengan menawarkan servis, saya yakin ramai akan menyebut syarikat digital gergasi seperti Grab, Food Panda dan Lalamove. Siapa sangka, kalau dulu kita hanya tahu Pos Malaysia sebagai pelopor utama untuk menghantar barang dan surat. Kini, sesiapa sahaja boleh menjadi penghantar barang, makanan mahupun orang ke tempat kerja.

 

Kalau anda serius untuk dapatkan side income, manfaatkan smartphone, internet dan kenderaan anda sebagai alat untuk anda dapatkan duit extra.

 

Influencer boleh menjana side income melalui paid review dan menjadi duta produkSumber: Freepik

Idea Side Income #5 Influencer

Dimensi dunia pekerjaan kian berbeza. Tak pernah terfikir orang biasa pun boleh jadi popular dengan kuasa media sosial. Menjadi influencer suatu pekerjaan separuh masa yang tidak asing lagi pada zaman sekarang. 

 

Apa yang influencer buat?

 

Biasanya menjadi duta dan paid review untuk produk-produk. Ini juga boleh dipanggil sebagai monetize di mana anda menjadikan platform media sosial untuk buat duit.

 

Kalau dulu, kita selalu nampak pelakon dan penyanyi yang sering dilamar menjadi duta produk. Tapi sekarang influencer pun tidak kurang hebatnya. Dengan kekuatan branding, pengikut yang ramai dan kemunculan yang kreatif akan memberi impak kepada anda.

 

Tapi tak semua orang bersetuju dengan idea ini. Ada yang kata populariti hanya sementara sahaja. Oleh itu, anda kena sentiasa ada back up plan untuk menjadikan side income ini ke level yang seterusnya. Sebagai contoh, membina perniagaan.

 

Orang ramai boleh mengupah seseorang yang dipanggil personal shopper untuk membeli barang yang mereka mahukanSumber: Freepik

Idea Side Income #6 Personal shopper

Satu lagi cara nak buat side income yang terbaik adalah menjadi personal shopper. Pekerjaan ini dikategorikan dalam perkhidmatan sebab menjadi perantara kepada pelanggan untuk pelanggan mendapatkan barangan yang mereka mahukan. Ada yang nak handbag berjenama, barangan limited edition mahupun perabot. Cumanya pekerjaan ini mungkin mengambil masa dan tenaga anda.

 

Tapi bagi sesetengah orang, ia sebahagian daripada terapi untuk membeli belah. Walaupun membeli belah mewakili orang lain.


Bisnes makanan sering menjadi pilihan orang ramai untuk mula membuat side incomeSumber: Freepik

Idea Side Income #7 Bisnes kecil-kecilan

Tahukah anda bisnes yang besar bermula dari bisnes kecil-kecilan?

 

Saya yakin ada yang buat bisnes sebagai side income untuk isi masa lapang. Ada juga yang suka buat bisnes ini kerana minat dan ada juga yang betul-betul memerlukan untuk besarkan income. Untuk anda yang tak ada banyak masa, tak perlu buat bisnes setiap hari. Cukup pada hujung minggu untuk jana pendapatan.

 

Sebagai contoh buat bisnes jual makanan seperti berniaga burger atau jual kuih di pasar malam.

 

Kalau anda tak suka berpanas dan jumpa banyak orang, mungkin bisnes kecil-kecilan melalui dalam talian adalah solusi yang tepat untuk anda buat side income.

 

Secara kesimpulan, terlalu banyak sebenarnya pilihan untuk anda buat side income pada masa sekarang. Kalau anda tak mahu terus dibelenggu dengan beban perbelanjaan yang semakin kritikal, buat side income adalah solusi kepada masalah ini. Semoga dengan perkongsian 7 idea side income terbaik di Malaysia ini sedikit sebanyak menaikkan momentum anda untuk terus bekerja keras memperbaiki tahap kewangan dan membina kehidupan yang lebih selesa pada masa akan datang.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.