Takut sangat dengan kad kredit. Atas alasan ramai orang jadi muflis berpunca daripada kad kredit. Sedangkan kalau ia satu instrumen hutang yang betul-betul memudaratkan, sudah tentu awal-awal lagi dah diharamkan serta merta. Tapi hakikatnya, kad kredit masih kekal relevan hingga kini. Malah ada yang menikmati seribu satu manfaat dengan penggunaan kad kredit.
Mungkin ada segelintir dalam kalangan anda masih terperangkap dengan mindset takut dengan kad kredit. Jadi, nak keluar dari masalah ini, solusinya adalah dengan menjawab persoalan penting yang popular tentang kad kredit. Ikuti perkongsian dalam artikel kali ini tentang 5 soalan popular tentang kad kredit.
Kad debit adalah sejenis kad bank yang boleh anda gunakan untuk membayar apa saja menggantikan duit tunai. Setiap perbelanjaan yang menggunakan kad debit akan ditolak terus daripada simpanan anda sendiri. Bermakna kalau dalam bank anda tidak ada duit, transaksi pembayaran tidak boleh diteruskan.
Berbeza dengan kad kredit yang mana ia membenarkan penggunanya untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan secara hutang. Bank sebagai pengeluar kad kredit akan mendahulukan pembayaran dan pengguna perlu membayar semula jumlah yang digunakan dalam jangka waktu yang ditetapkan. Kalau anda gagal membayar semula jumlah hutang tersebut, ada caj tambahan yang akan menanti.
Berbaloi atau tidak, ia bergantung kepada anda sebagai pengguna. Kalau anda seorang yang tahu corak perbelanjaan anda dan bijak mengurus hutang, sudah tentu kad kredit memberi ganjaran yang lumayan. Kad kredit direka dengan kelebihan cashback (pulangan tunai), bonus, diskaun dan rebat. Dari ganjaran yang ada anda mampu membuat penjimatan yang berganda berbanding anda berbelanja menggunakan duit tunai.
Situasi yang jadikan kad kredit tidak berbaloi adalah bila anda langsung tidak menggunakan kad tersebut. Lainlah kad anda tak perlu bayar apa-apa caj tahunan (annual fee). Tapi kalau anda sengaja nak miliki kad kredit dan tak gunakannya, maka sia-sia saja. Lagi membazir sebab perlu membayar caj tahunan. Walaupun caj hanya RM10-RM50, ia tetap duit. Lebih baik tak perlu apply kad kredit kalau anda dalam situasi ini.
Seperti instrumen lain, kad kredit mempunyai beberapa kelebihan dan keburukan yang tersendiri untuk anda yang menggunakannya. Antara kelebihan kad kredit ialah:
Selain kelebihan, ada juga keburukan seperti:
Sebenarnya ada banyak lagi, saya ada ulas secara terperinci dalam artikel tentang kelebihan dan keburukan kad kredit.
Kalau anda nak tahu, berbelanja menggunakan kad kredit ada had kredit yang ditetapkan oleh bank. Sudah semestinya anda tidak boleh berbelanja sesuka hati. Pihak bank akan membuat penilaian terhadap permohonan anda terlebih dahulu, kemudian barulah mereka akan berikan had yang sepatutnya.
Had kredit (credit limit) adalah sangat penting supaya anda tidak terjatuh ke lubang dosa kewangan yang membebankan kewangan anda kelak. Biasanya had yang diberikan adalah dua kali ganda dari gaji anda. Tapi hati-hati.. Had yang diberikan kepada anda bukan tiket untuk anda berbelanja dan buat hutang melebihi kemampuan.
Ada banyak jenis kad kredit yang boleh anda pilih. Lebih bagus, pilih kad yang selari dengan gaya hidup seharian anda. Kalau banyak berbelanja yang melibatkan minyak petrol, pilih kad kredit yang menawarkan ganjaran yang berkaitan dengan minyak petrol. Mungkin anda banyak melancong, beli barang online dan sebagainya. Jadikan gaya hidup anda sebagai ukuran untuk membuat keputusan yang bijak. Kuncinya, bila anda kenal corak perbelanjaan anda dan pilih kad kredit yang tepat, semestinya akan beri anda kelebihan yang besar.
Secara kesimpulannya, kuasa berbelanja dan membuat keputusan menggunakan kad kredit adalah terletak di tangan anda sebagai pengguna. Mempunyai mindset takut untuk menggunakan kad kredit adalah sangat merugikan kerana jika anda bijak menggunakan kad kredit, sudah pasti seribu satu manfaat akan anda nikmati. Oleh itu, sentiasalah cari tahu dan bersihkan minda anda dari pemikiran yang sempit. Informasi berguna dan bermanfaat akan menjadikan anda pengguna kad kredit yang berhemah.
50% Complete
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.