5 Cara Terbaik Buat Bisnes Online

bisnes Jan 05, 2023

Buat bisnes online ni berbaloi ke?

 

Kalau tanya saya mestilah berbaloi. Sebab dulu, orang yang buat bisnes hanya mampu capai pelanggan sekadar kenalan rapat dan jiran-jiran. Tapi bila wujudnya bisnes online, capaian pelanggan lebih meluas. Bukan setakat dalam kawasan anda saja, tapi jauh beribu batu pun tak mustahil.

 

Cuba anda tengok sekeliling anda hari ini. Atau tengok tabiat berbelanja anda hari ini. Adakah masih dengan norma walk in setiap kali nak beli barang?

 

Jawapannya tidak. Anda sendiri boleh nampak perubahan drastik bisnes online semakin berkembang dan mendapat tempat di hati pembeli sejak berlaku penularan Covid-19 pada tahun 2020. Jadi, rugilah bagi anda yang ada bisnes tapi tak beradaptasi dengan bisnes secara online atau dalam talian. 

 

Saya faham tak semua orang tahu cara terbaik buat bisnes online. Oleh itu, saya akan kongsikan dalam artikel kali ini. Supaya mereka yang nak mulakan bisnes boleh bina bisnes yang mampu bertahan selama bertahun-tahun.

 

Buat bisnes online mampu menjana pendapatan yang menguntungkan

Cara buat bisnes online #1 Start from scratch

Tak ramai yang mampu cipta dan mengurus satu bisnes dari awal. Bermula dari brainstorming hingga produk sampai ke tangan pembeli. Tapi kalau anda jenis yang ada idea dan ada minat tersediri, apa salahnya kan?

 

Bina bisnes yang anda minat seperti bisnes jual pakaian, makanan, perkhidmatan dan macam-macam lagi. Buat sedikit research di platform online yang ada dan tengok permintaan dan sambutan pembeli terhadap sesuatu bisnes. Selain itu, anda juga boleh rasai pengalaman membeli secara online supaya anda boleh tingkatkan mutu perkhidmatan anda. Secara tidak langsung tindakan ini akan memberi anda idea untuk menjalankan bisnes dengan lebih proaktif.

 

Untuk ringkaskan apa yang saya kata di atas, saya keluarkan 5 perkara penting untuk anda yang nak buat bisnes online dari awal:

  1. Kena tahu apa fokus bisnes anda
  2. Kenal pasti pelanggan sasaran
  3. Selesaikan masalah pelanggan
  4. Buat research dan dapatkan pengalaman
  5. Sentiasa tambah baik kualiti kerja

 

Cara buat bisnes online #2 Buat bisnes yang sudah ada dalam pasaran

Tengok pasaran yang ada pada zaman sekarang. Inilah realitinya. Berlambak-lambak jenama dan segmen pasaran yang terhidang depan mata. Anda dah tak perlu sakit otak untuk fikir nak buat bisnes dari bawah.

 

Apa yang anda kena buat ialah intai peluang yang sedia ada. Jadi dropship atau ejen bisnes yang anda fikir berpotensi buat keuntungan. Dalam erti kata lain, jual produk orang lain dan leverage platform sedia ada. Ramai yang manfaatkan media sosial untuk buat bisnes online seperti di Whatsapp, Instagram, Facebook dan platform digital seperti di Shopee dan Lazada. Hanya promosikan barang, tapi HQ yang akan sampaikan produk kepada pelanggan.

 

Mudah bukan?

 

Kelebihan buat bisnes yang sudah ada dalam pasaran ini antaranya:

  1. Brand sudah dikenali dan dipercayai oleh prospek pelanggan
  2. Ada bisnes yang tak perlukan anda pegang stok
  3. Tidak banyak modal atau kos yang perlu anda tanggung 
  4. Kurang risikko kerugian
  5. Hanya fokus sales dan marketing - tak perlu masuk campur perihal logistik dan sebagainya

 

Cara buat bisnes online #3 Asingkan pendapatan

Antara kesilapan besar yang selalu dibuat oleh mereka yang buat bisnes online adalah tidak mengasingkan duit jualan dengan duit peribadi. Bila bercampur, anda akan cenderung untuk gunakan duit yang anda dapat. Nanti tahu-tahu duit tak ada, tak tahu habis ke mana.

 

Asingkan pendapatan menggunakan teknik yang paling mudah. Seperti teknik 3 bank system yang pernah saya kongsikan dalam artikel lepas. Baca di sini.

 

Bila anda berjaya asingkan pendapatan, barulah anda nampak perkembangan bisnes online anda. Kalau tak buat, anda akan mudah putus asa sebab menyangka tiada perubahan dari sudut kewangan walaupun sudah buat bisnes online bertahun-tahun.

 

Ada lagi satu aspek yang paling penting yang ramai pemilik bisnes tak buat. Iaitu mengambil duit gaji untuk diri sendiri. Mungkin ada yang rasa tak patut ambil gaji. Lebih baik duit tersebut buat rolling modal supaya bisnes semakin besar. Anda kena buang mindset ini. Mana tidaknya, anda yang bersusah payah menaikkan dan memajukan bisnes. Mestilah kena ada gaji untuk menaikkan semangat pula. Tak begitu?

 

Sangat penting bagi anda yang nak buat bisnes online mempunyai simpanan database yang ramai

Cara buat bisnes online #4 Simpan database

Setiap kali ada pelanggan, penting untuk anda simpan database yang meliputi nombor telefon dan alamat pelanggan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan engagement dengan pelanggan untukmendapatkan maklum balas dan testimoni tentang produk yang mereka beli.

 

Antara kepentingan database juga adalah untuk menjaga pelanggan supaya mereka akan membeli lagi dengan anda. Kalau anda tengok pasaran yang anda masuk untuk buat bisnes online, saya pasti betapa banyaknya pesaing yang menjual produk lebih kurang sama. Pelanggan akan beli dengan penjual yang mereka berpuas hati dengan layanan dan produk yang diberi. Walaupun persaingan banyak, tapi cara menjaga pelanggan melalui menyimpan butiran database ini yang membezakan anda dengan penjual lain.

 

Selain itu, dengan adanya database boleh mengembangkan bisnes online anda dengan lebih berkesan. Pelanggan anda akan bercakap kepada kenalan mereka tentang produk anda. Boleh jadi mereka akan mengesyorkan produk anda dan membeli dengan anda lagi dan lagi. Inilah yang dinamakan word of mouth marketing. Pentingnya word of mouth ini adalah:

 

  1. Berkesan untuk meningkatkan jualan
  2. Dapat mempromosikan produk kepada pelanggan baharu
  3. Meningkatkan pengiktirafan jenama
  4. Mewujudkan loyal customer kepada produk anda

 

Cara buat bisnes online #5 Konsisten

“Consistent action creates consistent results”

 

Buat apa saja dalam hidup anda secara konsisten. Terutama bila anda melibatkan diri dalam bisnes online. Bisnes bukan macam anda makan gaji. Sentiasa ada gaji tetap setiap bulan. Bisnes bergantung kepada diri sama ada nak teruskan atau nak berhenti. Kalau buat, adalah hasilnya. Kalau tak buat, tak dapatlah hasilnya. Dengan sikap konsisten anda boleh pergi jauh walaupun hanya berbisnes dalam talian. Mana tahu bisnes anda mampu menolong ramai orang lagi di luar sana? Bukankah hidup anda akan lebih bermakna?

 

Anda sedia maklum, nak konsisten bukannya mudah. Kena ada beberapa faktor yang mendorong konsistensi anda dalam bisnes. Contohnya, ada komuniti bisnes yang saling menyokong dan mendokong antara satu sama lain. Selain itu, minat yang mendalam juga satu dorongan untuk seseorang konsisten dalam bisnes.


Untuk membina suatu legasi bisnes online yang berjaya sudah semestinya penuh dengan liku cabaran. Jadikan 5 cara terbaik buat bisnes online yang saya kongsikan pada kali ini sebagai panduan untuk anda memiliki bisnes yang bertahan selama bertahun-tahun.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.