3 Kelebihan Saham Berbanding Pelaburan Lain

saham Sep 29, 2022

Kelebihan saham dalam meningkatkan potensi jumlah duit anda adalah perkara yang tidak boleh disangkal lagi. Anda sebagai pelabur saham akan memilih saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia untuk laburkan modal anda. Dengan harapan modal tersebut akan berkembang memberi pulangan yang memberangsangkan.

 

Tahukah anda di sebalik saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah syarikat yang berlatarkan pelbagai industri?

 

Menjadi suatu keutamaan untuk anda sebagai pelabur untuk ambil tahu ke mana duit anda dilaburkan dan memilih saham syarikat yang bagus. Ini kerana rekod syarikat yang bagus memberi kesan terhadap keuntungan syarikat. Seterusnya menguntungkan pada pelabur.

 

Pada artikel kali ini, khas untuk anda semua yang mahu gali lebih dalam tentang saham yang mana saya akan berkongsi 3 kelebihan saham berbanding pelaburan lain.


Boleh mula pelaburan saham dengan modal yang kecil

Kelebihan #1 Boleh mula dengan modal yang kecil

Saham sangat berbeza dengan pelaburan lain terutama dari sudut modal. Walaupun minimum belian unit saham adalah 100 unit, modal saham tetap mampu milik oleh semua orang.

 

Contohnya satu unit saham berharga RM1, maka dengan membeli 100 unit saham, modal yang diperlukan hanya RM100 sahaja.

 

Cuba anda bandingkan dengan pelaburan hartanah. Mana boleh anda bayar rumah dengan harga serendah RM100. Lepas bayar yuran tempahan mungkin boleh. Tapi depositnya agak tinggi. Jika anda beli rumah RM100k, maka deposit anda minimum sebanyak RM10k.


Pulangan dalam masa singkat merupakan kelebihan melabur dalam saham

Kelebihan #2 Boleh beri pulangan dalam masa singkat

Dalam pelaburan, ada banyak pilihan untuk anda pilih waiting period untuk anda mendapatkan pulangan yang betul-betul baik. Ada yang bersifat sederhana ke jangka masa panjang seperti Unit Trust. Ada juga yang bersifat jangka masa panjang seperti pelaburan hartanah. 

 

Berbeza sekali dengan saham. Anda boleh labur dengan cara yang cepat dan boleh dapatkan pulangan dalam masa yang singkat. Pasaran saham memang tidak menentu. Tapi dengan pelan pelaburan yang strategik, anda boleh buat keuntungan dengan konsisten dan berbaloi. Tak perlu tunggu lama seperti membeli rumah pelaburan. Proses kelulusan pinjaman sahaja paling kurang memakan tempoh 6 bulan, belum termasuk masa rumah disiapkan jika anda memilih rumah undercon.


Saham boleh dijadikan pendapatan tambahan untuk masa depan

Kelebihan #3 Jadikan sebagai pendapatan tambahan

Apa perasan bila ada banyak sumber pendapatan?

 

Anda akan berasa selamat dan tenang. Sebab anda ada jaminan pendapatan untuk meneruskan kehidupan.

 

Mungkin dalam kalangan pembaca ada yang bekerja tetap. Ada juga yang mempunyai perniagaan sendiri. Tak salah jika anda ada duit lebihan untuk labur dalam saham. Paling tidak, anda boleh generate pendapatan tambahan sebanyak RM100-RM500.

 

Siapa nak bagi duit percuma kan?

 

Anda tak perlu susah payah keluarkan tenaga. Sebab saham tidak memerlukan anda bekerja secara fizikal. Duit keuntungan yang anda dapat dari saham anda boleh gunakan untuk tampung beli barang-barang kemahuan atau buat simpanan.

 

Secara kesimpulannya, zaman sekarang ni kalau nak dapatkan pendapatan tambahan sebenarnya sangatlah mudah. Terutama zaman teknologi yang semakin berkembang. Anda sendiri boleh pantau pelaburan anda melalui telefon sahaja.

 

Mudah bukan?

 

Pelaburan lain juga ada kelebihan tersendiri. Biarlah pelaburan yang anda masuk boleh memenuhi matlamat kewangan anda.

 

Saham adalah platform sahaja. Yang pentingnya adalah anda. Melabur dengan bijak supaya duit yang anda keluarkan tidak lebur begitu saja.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.