3 Cara Simpan Duit Yang Efisien

simpanan Aug 04, 2022

 

Nak simpan duit dengan konsisten, bukan suatu tabiat yang mudah. Buktinya, pernah suatu kajian berkenaan literasi kewangan dengan kerjasama Visa pada tahun 2019 mendedahkan, 43% rakyat Malaysia membelanjakan semua pendapatan mereka. Statistik ini bukan kenyataan yang boleh dipandang remeh.

 

Bayangkan 43% rakyat Malaysia ini berhadapan masalah kewangan, boleh jadi golongan ini cenderung untuk membuat hutang sekiranya tidak cukup duit untuk memenuhi keperluan dan kehendak. Bila sudah mula berhutang, lagilah sukar peruntukkan gaji untuk simpanan.

 

Sebenarnya, walaupun anda bergaji rendah, menyimpan duit bukanlah suatu perkara yang mustahil. Perkara utama yang perlu anda fahami adalah mengetahui cara simpan duit yang efisien.


Teknik 3 bank membantu orang ramai untuk simpan duit dengan lebih efisien

Cara simpan duit yang saya kongsikan ini dinamakan teknik 3 bank. Apa yang anda perlukan mudah saja. Pilih 3 bank untuk realisasikan misi simpan duit daripada gaji bulanan anda.

 

Contohnya:

Bank 1 : Maybank

Bank 2 : Bank Islam

Bank 3 : Tabung Haji

 

Lepas pilih 3 bank anda, kategorikan bank tersebut kepada Holding Bank, Entertainment Bank dan Saving/Investment Bank.

Holding bank adalah bank yang anda kawal aliran keluar dan masuk setiap hari supaya tidak berbelanja melebihi pendapatan
Bank 1 dinamakan sebagai “Holding Bank”.

  • Bank ini adalah bank di mana gaji anda masuk setiap bulan.
  • Bank ini juga tempat untuk anda dapatkan duit untuk memenuhi keperluan harian anda seperti beli barang dapur, duit untuk mak ayah, bayar pinjaman kereta dan sebagainya.
  • Bank ini menjadi sumber utama untuk anda memindahkan duit gaji anda kepada bank 2 dan bank 3.


Setiap orang perlu ada entertainment bank supaya bermotivasi untuk mencari rezeki dalam masa yang sama boleh menyimpan

Bank 2 dinamakan sebagai “Entertainment Bank”.

  • 10% daripada gaji anda dimasukkan dalam entertainment bank.
  • Duit simpanan dalam bank ini boleh digunakan untuk anda joli sakan seperti melancong, tengok wayang, makan di tempat mewah, beli-belah dalam talian dan macam-macam lagi.
  • Duit yang ada dalam bank entertainment boleh dihabiskan.
  • Bank ini penting untuk memastikan anda tidak hilang semangat dalam mencari rezeki. Asasnya, anda mesti bahagikan duit gaji untuk menghargai kerja keras dan penat lelah bekerja.


Saving/Investment Bank wajib diwujudkan agar setiap orang boleh mengagihkan sebahagian duit untuk tujuan simpanan atau pelaburan

Bank 3 dinamakan sebagai “Saving/Investment Bank”

  • 10% daripada duit gaji anda mesti disimpan dalam bank ini.
  • Duit dalam bank ini tidak dibenarkan untuk usik atau gunakan untuk tujuan apa sekalipun. (Kecuali untuk tujuan pelaburan)
  • Jika ada satu masa anda terpaksa gunakan duit dalam bank ini, anda wajib top up semula jumlah yang digunakan.

 

Di atas ini saya telah terangkan kepada anda tentang 3 bank yang akan melancarkan misi simpanan anda. Andai kata gaji anda setiap sebulan adalah sebanyak RM1,500, maka RM150 anda terus agihkan dalam Entertainment Bank dan RM150 lagi ke dalam Saving Bank.

 

Kesimpulannya, bila cakap tentang cara simpan duit ini, anda tidak boleh tidak mesti amalkan sikap berdisiplin dan komited untuk menyimpan. Itu adalah kunci untuk lebih efisien mengurus kewangan yang mesti anda sematkan dalam hati. Walau bagaimanapun, perkongsian saya tentang cara simpan duit di atas bukanlah boleh diguna pakai oleh mereka yang bergaji rendah semata. Bahkan semua peringkat gaji juga boleh aplikasikan cara ini supaya anda lebih efisien membuat simpanan.

 

Jadi, tidak kiralah gaji anda besar atau kecil, janganlah masuk dalam kategori rakyat Malaysia yang belanjakan semua pendapatan. Kalau pun anda hanya mampu buat simpanan RM10 sahaja sebulan, itu lebih baik berbanding anda tidak menyimpan langsung seumur hidup.

Close

50% Complete

Two Step

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.