Kenali Dr Adam Zubir

FAR, CFP, IFP, CMSRL

 

Dr Adam Zubir merupakan Perancang Kewangan Berlesen bawah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Beliau dahulunya merupakan seorang doktor perubatan graduan Queen's University of Belfast, United Kingdom, sebelum mengubah haluan ke dunia kewangan pada tahun 2017.

Antara kelulusan profesional beliau dalam industri kewangan ialah FAR, CFP, ShRFP, dan CMSRL.  Lebih dikenali sebagai “Doktor Kewangan”, Dr Adam juga merupakan speaker di Bursa Malaysia, dan telah dijemput oleh banyak badan terkemuka seperti Bank Negara, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Maybank, dan Petronas. Dari segi media, beliau telah dipaparkan dalam RTM, TV Al-Hijrah, serta stesen radio Kool FM dan eFM.

Sering digelar sebagai “Financial Influencer” dan “YouTuber”, Dr Adam aktif berkongsi di YouTube Channel @dradamzubir dengan hampir mencecah 200k subscribers. Pendekatan beliau secara holistik membuatkan topik kewangan dan pelaburan yang disampaikan menjadi lebih mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat.

Segalanya bermula di sini..

Daripada doktor perubatan kepada doktor kewangan

 

Tahun 2017, saya nekad untuk meninggalkan dunia kedoktoran di United Kingdom, satu tempat yang saya panggil “home” selama hampir 7 tahun.

Pada masa itu, saya dan isteri, Bella, merupakan junior doctor di Northampton General Hospital. Walaupun tempat kerja yang sama, kami sangat jarang berjumpa disebabkan shift berbeza. Kelahiran anak pertama kami, Noah, pada bulan Mei 2017, membuatkan kami nekad untuk keluar dari kesibukan kerjaya sebagai doktor. Ini merupakan satu keputusan yang besar, kerana ia bermaksud kami akan kehilangan ‘dual income’ yang stabil dalam angka British Pound (GBP).

Berbekalkan keyakinan bahawa rezeki ada di mana-mana, bermulalah kehidupan kami di Malaysia dari bawah. Daripada berkongsi bilik di rumah keluarga, beli kereta second hand, sampailah pindah ke apartment tiga beranak dan cari perabot terpakai di Carousell, semua ini dirasai bersama.

Ketahuilah, Dr Adam yang anda lihat pada hari ini dengan YouTube hampir 200k subscribers, bawa kereta Porsche Macan dan penampilan di media TV.. Pada suatu ketika dahulu hanyalah seorang anak muda yang bercita-cita besar.

Everybody starts somewhere. It’s never too late!

Tentang Absorich

A financial education company 

 

Absorich ditubuhkan oleh Dr Adam dan isteri beliau, Bella, pada tahun 2019. Berteraskan kepada ‘financial education’, Absorich banyak berfokus kepada online courses, seminar, dan private coaching bagi membantu masyarakat mendapat akses kepada ilmu kewangan.

Misi utama Absorich ialah untuk membantu golongan profesional dan mereka yang sedang dalam peralihan untuk mengambil langkah berani keluar daripada zon selesa, supaya mereka mampu menikmati cara hidup yang diimpikan dan dalam masa yang sama, mencapai kewangan impian mereka.

Antara contoh mereka yang sedang dalam peralihan ialah daripada pelajar kepada baru mula bekerja, kehidupan bujang kepada berkeluarga, pekerja makan gaji kepada business owner, dan sebagainya.

In other words, we help success-seeking working professionals and those in transition take courageous  action to get out of their comfort zone so they can live their dream lifestyle while working  towards financial independence. 

Pada hari ini, Absorich memiliki 9 team members sepenuh masa dengan sebuah pejabat di Cheras, Selangor.

Misi Absorich ialah untuk membina masyarakat celik kewangan yang memiliki asas kewangan yang kukuh. Ini akan berjaya dicapai melalui mindset yang betul, pengurusan kewangan yang mantap, dan instrumen pelaburan yang sesuai.

Tahukah anda?

Fakta yang mungkin anda tak tahu sebelum ini

01.

GAJI RM50 SEBULAN

Sewaktu awal-awal pulang ke Malaysia dahulu, Dr Adam pernah bekerja sebagai ejen takaful dengan pendapatan RM50 sebulan. Beliau dan isteri hidup atas simpanan semata-mata dengan anak sulung mereka, Noah. 

02.

SEORANG FOODIE TEGAR

Dr Adam sangat suka mencari 'port' makanan sedap dan sanggup drive sejam pergi dan balik hanya untuk makan sedap. Anda tahu tempat makan sedap? Apa lagi, benda baik kena kongsi!

03.

ALL BECOME SO RICH

Absorich pada asalnya dibina sebagai Adam-Bella So Rich, tetapi ditukar kepada All Become So Rich, selari dengan kepercayaan bahawa rezeki dalam dunia ini luas dan cukup untuk semua.

Masih tertanya-tanya macam mana nak mula capai kewangan impian anda?


Download 5 First Steps Checklist: Lima Langkah Pertama Ke Arah Bebas Kewangan di sini